
Monday, July 13, 2009
Thursday, July 9, 2009
WORKSHOP PENGURUSAN EMOSI

WORKSHOP PENGURUSAN EMOSI :
TERAPI MERIDIAN ENERGI EMOTIONAL FREEDOM TECHNIQUE (EFT)
TARIKH : 1hb Ogos 2009 ( 9.00pg -6.00pm)
TEMPAT : No1A, Jalan Sarikei, Off Jalan Pahang, 53000 KL
Anjuran : Al-Qudrah Training & Consultancy
Penceramah : Coach Amar Mahmood ( Penulis Buku “Rahsia Minda Jutawan” dan “Tarik Kekayaan Dengan KUASA MINDA terbitan PTS Publication )
Web : www.holistic-learning.net
Yuran : RM 250 ( sebelum 14 Julai2009), RM 300 selepas tarikh tersebut.
Workshop ini akan menerangkan :-
Falsafah dan prinsip disebalik Kuasa Pembebasan Emosi
Manusia dan Sistem Energi
Pengurusan dan Kecerdasan Emosi
Memahami Stres dan Kesan Psikosomatik
Hukum Tarikan (Law of Attraction) & Kuasa Energi
Keseluruhan Prosedur dan Protokol EFT berdasarkan Manual Rasmi EFT.
Basic Tapping Procedure
The Short Cut Application
Applikasi dan Terapi EFT berkaitan isu Fizikal dan Emosi
DAFTAR SEKARANG
Tel : 017-6839638
Cepatnya Masa Berlalu..
Adakah terasa lambat sebab saya tidak suka belajar ? - tidak juga.
Adakah terasa lambat sebab kawan di sekolah tak berapa best ? - mungkin juga..
Adakah terasa lambat sebab tak suka dengan sesetengah cikgu ? - mungkin juga..
Saya melihat diri saya hari ini.. terasa seminggu tu..umpama 3 hari yang panjang saja. Pejam celik pejam celik dah hari Khamis. Entah apa je lah kerja yang saya buat. Hasilnya entah kemana.
Adakah terasa begitu cepat kerana terlalu banyak benda nak dibuat ? - mungkin..
Adakah terasa begitu cepat kerana terlalu banyak anasir 'nakal' yang buat saya leka ? - huhu..salahkah saya enjoy ? hahah..
Adakah terasa begitu cepat kerana saya yang tidak reti menghargai masa ? - barangkali
Adakah terasa begitu cepat kerana saya enjoy dengan setiap hari yg saya lalu ? -barangkali ya.
Dunia dah akhir zaman.. ini lah petandanya.
Hari ini saya sudah 24 tahun. Tidak lah saya ni perasan umur saya baru 17. Tapi.. macam tak percaya dah 7 tahun saya tinggalkan zaman sekolah. Dalam 7 tahun tu saya buat apa ? Dengan siapa ? dimana ? ah.... kalau lah ada 1 video menayangkan kembali aktiviti saya..pasti saya tertawakan diri sendiri. Betapa naifnya saya ketika itu. Betapa keanak-anakannya saya. Betapa degilnya saya. Betapa pemarahnya saya.
Cepatnya masa berlalu..
Entah masa bila saya berubah menjadi diri saya hari ini. Sungguh, pengalaman jua lah merupakan guru kepada diri yang paling bernilai.
Teringat kata kawan baru saya di LPU Bagan Lalang..." ima ni main redaaaah je.. tak kisah kawan ngan sapa pun.." Hahaha.. Barangkali benar katanya. Sebab tu saya terima macam2 masalah & masalah itu adalah guru utk saya lebih matang.
Cepatnya masa berlalu...
Kurangnya ibadahku..
Banyaknya dosaku..
Ya Allah.. ampuni hambaMu yang hina ini..





with Tony Buzan.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)