Merdeka itu indah. Indah itu bahagia. Pengalaman merdeka saya kali ini berbeza dari yang sebelumnya. Selalunya, saya hanya duduk di rumah bila menjelang 31 Ogos. Tapi tidak tahun ini. Merdeka kali ini saya retreat dan recharge energy saya di Port Dickson pada 25 & 26 Ogos bersama keluarga 7 chakra. Biarpun, pengisian kemerdekaan Malaysia tidak banyak disentuh Master Hazil, saya rasa bersyukur duduk di bumi Malaysia. Rupanya, 31 Ogos itu juga mempunyai numerologi nya tersendiri dan unik ! Terima kasih Masterji atas ilmu yang dikongsi bersama.
Sebenarnya, dah lama saya tak join aktiviti 7 chakra. Dulu, di Pulau Lang Tengah saya tak dapat join sebab tengah praktikal. Memang sedih tak terkata, tapi saya percaya, mungkin energy Pulau Lang tak sampai kat saya lagi kot.. hehe..So, bila kali ni dapat join program Merdeka retreat, saya happy sangat. Hari Isnin 20/8 lepas saya ke Jakarta..sepatutnya, saya excited nak ke Jakarta, tapi tidak. Saya excited nak tunggu 25 hb, Sabtu sebab nak join retreat. Hm...Masterji pakai aura warna ape ntah yang power sangat ni. hehe..
Hari Sabtu, saya bangun awal pagi. Naik komuter pukul 730pagi ke salak selatan. Ismi ambil saya disitu. hm..rindu lama tak jumpa dia.Lepas tu, terus bertolak ke PD. Tapi singgah dulu R&R Seremban untuk sarapan. Perut kenyang, saya dan ismi teruskan perjalanan. Cakap ngan ismi, awal sangat sampai PD, nak buat apa? Kita gi Seremban dulu lah. Kat seremban, pusing2 kat terminal 1, Seremban Parade n pusing pekan Seremban. Hm...terdetik kat hati kecil saya, nasib baik saya duk KL, macam2 ada..kat Seremban ni..adduuuhhh...pening dibuatnya.Tak de ape yg menarik pun. Pukul 1230, teruskan perjalanan ke Bayu Beach Resort. Tepat pukul 1.40 sampai dan ermm..kami jadi orang pertama sampai. Kami duduk2 di kerusi yang disediakan di lobi. Saya tutup mata sekejap, ambil masa untuk meditasi seminit, dalam meditasi, saya ternampak master berjalan masuk ke lobi berbaju hitam. Kemudian masa sembang2 ngan ismi sambil tunjuk gambar masa di Jakarta,Master muncul sama seperti dalam meditasi saya ! Aduhaii...
Sabtu yang penuh dengan aktiviti, ahad yang penuh dengan kenangan dan pengetahuan. Syukur kepada Ilahi atas kurnia yang diberi pada saya. Dapat saya bersama retreat & recharge pada hari Sabtu, kemudian turun grounding di pantai pada Ahadnya.Chi Yoga yang diketuai Master memang best...nampak je slow..tapi kalau tak hati2, boleh patah pinggang dibuatnya.Kemudian telematch pulak..dah lama tak jadi budak2..hari tu saya all out perangai budak2 saya. hehe..tak tau la apa orang kata,,but i don't care ! Hahaha..yang penting enjoy dengan aktiviti yg disediakan. Saya sempat berjalan2 dipesisir pantai merasai air laut yang tidak pernah letih menghempas pantai..aduhai...begitu alam ini istiqamah dalam fitrahnya. Panas mentari tak begitu menyengit, tapi sempat juga membakar kulit saya. Apa pun, kata Abg Din, matahari tu kan energi....tadah la kejap badan tu...seraplah tenaganya. :)
Semasa di PD, saya belum merasai aura merdeka di hati saya. Namun, hari ini saya sudah merasainya sedikit. Bukan kerana saya tidak patriotik, cuma saya bosan dengan laungan merdeka KOSONG yang diwar2kan kebanyakan muda mudi sekarang.Merdeka tahun ini istimewa buat saya, kerana memberi berjuta makna untuk saya mengemudi kemerdekaan ini mengikut hala tuju kehidupan saya.
Alangkah, indah kemerdekaan itu, kerana demi nya, saya bisa belajar REIKI dengan tenangnya.
Thursday, August 30, 2007
Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)