Friday, April 25, 2008

Power laaahh..

For Capricorn today :
"Power is in your hands. You'll create a positive outcome if you think positive."


Lalalala....

power in your hands.. ?? haha.. power reiki ke? - malam tadi wat reiki treatment kat diri sendiri..pagi tadi rasa bestttt jee..




ke power lempang orang ? hahaha.. - apesal leh terlintas pulak ayat ni ek???




ke power makan banyak ? - baru tadi makan zinger burger..




ke power memilih ? - huh..ni kuasa paling hebatttt !!

ke power memasak ? - hari ni eden goreng donat.. isk..macam pelik je bunyi nye.. kuang2..

ke power menyalakan lampu ?? macam ni??? - yeaaah..tadi gi ganti lampu kereta yang terbakar bertahun2 tu..


hahaha...

ari ni eden 'ngong ngong' sikett...

lalalala...


byee..

ceria selalu

Tuesday, April 22, 2008

Bila minyak dan air bersatu..

Peribahasa ada menyebut :
"Minyak dan air tidak boleh bersatu"

Ya ! Semua orang tahu bahawa air dan minyak tidak mungkin dapat bersatu. Sebab tu , ada lapisan minyak atas air. Nak tahu bagaimana bergaduhnya minyak dan air ? Cuba kita lihat, kalau kita masak kari, air dan minyak( asal dari santan) terasing juga. Bila terasing, jadi pecah minyak . Berketul-ketul. Tak sedaaaapp..

Begitulah sifat mereka berdua.Saling menidakkan antara satu sama lain. Tapi, kalau mereka bersatu ( walaupun kejap), maknanya masa kari tu tengah panas-panas..gaul rata.. tentu rasanya SEDAP kan.. Kerana ada KESERASIAN.

Eh... sekarang bukan saya nak cerita pasal KARI.

Tanpa kita sedari, sebenarnya..minyak sebenarnya peroleh dari dalam lautan. Minyak itu digali dalam lautan. Namun, ia bukan dalam air. :) tapi ia berada di celah-celah batu batuan nun dalam dasar lautan. Syarikat cari gali menggali dasar laut untuk memperoleh hasil minyak. Makin lama di gali, makin banyak rahsia laut terbongkar. Makin banyak manfaat-manfat yang terjumpa.

Diri kita ni umpama dasar lautan. Harus kita gali. Kadang kala, kita rasa kita tak jumpa lagi diri kita. Kerana selama ini kita seperti minyak dan air. Batin dan zahir tidak bersatu. Saling menidakkan. Emosi dan fizikal saling berlawanan.

Namun, penggalian itu harus diteruskan. Penerokaan diri harus diserta dengan kesabaran dan keyakinan. Bahawa, satu hari nanti, pelbagai manfaat dan potensi diri dapat digilap dan dijayakan.

Kelak, kita akan sedar, bahawa kita berjaya menyatukan roh dan jasad. Sepertimana kita masak kari ( air dan minyak ) bersatu juga walau sebentar untuk kita nikmati kesedapannya. Namun, ada bezanya antara kita dan kari. Kerana bila kita berjaya menggali potensi ( minyak ) dalam diri ( air ) kita akan dapat manfaatnya bukan seketika, tapi SELAMANYA.


Tahukah anda ? : Minyak dan air sebenarnya dapat bersatu melalui proses emulsi. Buktinya, Scott Emulsion. Minyak ikan dapat dilarutkan dalam air melalui proses tersebut untuk KESIHATAN kita. :)


Jadi, Emulsikan roh dan jasad anda !


Jumpa lagi..

Penyembuhan Melalui Energi Alami


Energi natural / semulajadi berada di sekliling kita dalam pelbagai bentuk. Kebanyakannya dapat dirasai melalui beberapa cara mudah yang kita ubahsuai mengikut gaya hidup kita.Bekerja dalam keharmonian dengan persekitaran alami akan memberi satu penawar efektif kepada apa saja kesulitan dan permasalahan.

Fenomena biasa seperti penggunaan warna, cahaya dan bunyi-bunyian merupakan satu penawar yang menakjubkan dalam kehidupan kita seharian. Bagi mereka yang tahu menggunakan anugerah ini, mereka pasti tahu menyalurkan vibrasinya mengikut keperluan masing-masing.

Sedarkah anda, bahawa cahaya matahari itu adalah penawar kepada semua jenis penyakit ?

Tahukah anda, bahawa pohon yang menghijau, langit dan lautan yang membiru, bulan yang cerah,malahan apa saja yang berada disekeliling anda yang berwarna itu mempunyai fungsi perubatan yang tersendiri malah ia merawat sistem tubuh anda 24 jam tanpa henti ?

Peka kah anda, bahawa titisan hujan yang menitik ke bumi itu satu terapi ? Bahawa deruman guruh di langit itu satu penawar ?

Menarik kan?

Alam ini tidak Allah jadikan sia-sia. Semuanya bersebab dan tugas kita ialah MEMBONGKAR RAHSIA ENERGI ini.


Ingin tahu ? Ingin bongkar ?


Saya akan kupas lagi topik menarik ini di masa akan datang. Kali ni cuma introduction :)


Salam ceria & Jumpa lagi..


.

What a beautiful memory...




Susu BIOMIL - Kini Di PASARAN !!!



Softpack 300 g : RM 13.50
Tin 900g : RM 38.90


SUSU UNTUK SI MANJA MEMBESAR DENGAN CERGAS & CERDAS !


BIOMIL adalah formula susu istimewa dirumus mengandungi kombinasi khas fosfat-fosfat kalsium & magnesium ( Garamtisu Biokimia ). Biomil membekal nutrien yang diperlukan oleh kanak-kanak yang sedang membesar.

Garamtisu Biokimia pula membantu penghadaman dan pencernaan, membina darah, tulang dan gigi, menguatkan otot dan sendi, pertumbuhan rambut dan kulit yang sihat serta membantu perkembangan minda si manja.



PEMBORONG DAN PENGEDAR DIPERLUKAN SEGERA !


Hubungi kami :


Realelite Sdn Bhd
No 1A Jalan Sarikei
Off Jalan Pahang
53000 Kuala Lumpur

03-40244859 / 03-40219590


:)

Thursday, April 17, 2008

"Home Medic & Beauty Spa"

Salam sayang ...

Hari ini saya ingin menjemput anda untuk mendengar satu sesi
penerangan tentang penyelesaian "beauty and health" melalui satu
konsep "Home Medic SPA".


Saya dan team Aladdin Medic & Beuaty SPA akan mengadakan satu SESI PENERANGAN tentang:

a) Kelebihan "Home Medic SPA" ini kepada "maintaining" kecantikan dan kesihatan kita, dan

b) Potensi peluang untuk membina pendapatan sampingan @ juga utama
menerusi "Home Medic & Beauty SPA" ini.


" REBUT PELUANG HEBAT INI !!! "



Informasi Sesi Taklimat Home Medic & Beauty SPA ini ialah seperti berikut:


Tarikh:19 April 2008
Hari: Sabtu
Masa: 10 Pagi
Tempoh Penerangan: 2 Jam


Jika anda berminat untuk meneroka tentang "Home Medic SPA" ini, anda boleh tempah kehadiran dengan menghubungi saya:

a) SMS Nama ke 012-9066432 atau

b) emailkan Nama dan No. Telefon ke fahimah_aqilah@hotmail.com

Wednesday, April 16, 2008

Energi Kekayaan semakin deras mengalir

Salam sayang semua..

Sejak kebelakangan ini, blog ini dan blog SPA agak sepi dari tulisan 'manis' saya.. :) Macam-macam sebenarnya hendak saya tulis dan kongsi bersama. Terlalu banyak kenangan manis & pahit yang menarik utk ditulis. Cuma kadangkala waktu agak mencemburui saya.

Namun, saya ringkaskan serba sedikit. Sejak pertemuan saya bersama Coach Amar, Luth dan Ismi di Pesta Buku 12 April yg lalu , pelbagai perkara menarik dan hebat telah berlaku dalam kehidupan saya.

12/4/08 :

  • Saya ke Pesta Buku bersama Adibah untuk memborong buku. Pertemuan terindah dirakam apabila sempat beramah mesra dengan Coach Amar Mahmood dan Luthfi.
  • Petang itu menjadi sangat-sangat istimewa apabila saya dapat duduk berkongsi AURA dengan Sasterawan A. SAMAD SAID dan bercakap2 untuk 10 minit dengan beliau. Saya akan upload gambar kemudian.
  • Luthfi sempat mencuba dan merasai kesegaran Mandi Spa di Aladdin Medic & Beauty Spa, sementara tunggu Luth ber'kuak lentang', saya, Ismi dan Coach Amar terus bersembang dan berkongsi ilmu.

13/4/08

  • 9 pg, Ofis saya ' dimasuki pencuri !!!' . Emak saya pada malam itu tidur berseorangan di ofis, kerana saya dan Adibah tidur di rumah. Alhamdulillah, emak saya tidak apa-apa, cuma menggelatar sedikit. Kerugian sekitar RM 2000. Namun, apa yang lebih kecewa, Wallet nya dicuri sekali ( yg penting IC dan Kad ATM ). Selain itu, hp juga sempat dikebas. Namun, kami tahu biasanya kalau ada kes kecurian...tak lama lepas tu mesti ada 'WANG BESAR' akan hadir dalam bisnes kami.
  • Saya dan emak ke Balai Polis Sentul pada pukul 11 pg untuk membuat laporan. Malangnya, kami dilayan macam SAMPAH oleh pegawai2 bertugas ( saya tak tahu insp ka, sarjan ka.. apa ka.. ) Agaknya Team Kerja Hari Ahad memang geng2 pemalas dan tidak berbudi bahasa. Saya kecewa dan meluat. Sempat juga saya mebebel-bebel dan mengutuk mereka. ( ooh..hari tu, saya punya aura bocor !!! )
  • Pulang semula ke ofis pada petangnya untuk setelkan tingkap yang pecah
  • Selepas semuanya selesai, saya dan emak sempat memanjakan diri di Bali Ayu Spa, Bangsar. Memang BEST !!

14/4/08

  • Saya dan emak kembali lagi ke Balai Polis Sentul. Alhamdulillah, kali ini kami dapat apa yang kami mahu. Layanan, walau tidak berapa mesra, tapi kira OK lah berbanding semalam. Terima kasih kepada Sjn Rafae yang menyejukkan hati kami berdua.
  • Emak dapat panggilan dari Indonesia berkenaan produk Vitex ( vitamin penggalak getah ). Ini rezeki yang tak disangka-sangka. www.vitex.com.my
  • Hari ini, IKLAN SUSU BIOMIL sudah berada di TV9. Banyak panggilan telefon dan respon luar biasa dari pengedar-pengedar dan orang ramai.
  • Hari ini juga, banyak panggilan Aura Seri.
  • Saya mula merasakan hikmah dari kes curi semalam. Peristiwa lalu kami Redha, kami Ikhlas dan Kami Pasrah.. Kami tidak lagi terus melangkah kedepan, tapi KAMI BERLARI MENGEJAR IMPIAN !

15/4/08

  • Urusan dengan Jbtn Pendaftaran Negara pula, utk buat My Card emak. Saya tapping2 agar dipermudahkan urusan dan tidak ambil masa yang lama. Alhamdulillah, semuanya lancar. Layanan yang diterima TIP TOP ! Terima kasih JPN kerana tidak mengambil masa kami terlalu lama.
  • Selesai ke JPN, kami ke Maxis pula untuk dapatkan SIMCARD baru. Urusan di sana lagi TIP TOP ! 5 STAR ! Cepat, Mesra, Penuh Senyuman, Selesa.Dalam hati saya, kenapa lah urusan di Balai Polis tak boleh macam ni ??
  • Panggilan SUSU BIOMIL semakin hangat. Tak tersambut telefon yang berdering. Masing-masing nakkan susu ni. Tapi, haha.....susunya pun belum ada stok. Esok baru nak ambil di Biotral Sdn Bhd.
  • Malam : lama saya menahan diri utk tengok wayang. Malam ni saya mesti tengok ! Hehe.. So, saya pergi Mid Valley tengok cerita ' Definitely, maybe'. Ceritanya ?? Em.. Ok lah.. Tak lah best sangat ( pada saya ).

16/4/08

  • Pagi-pagi, urusan Bank. Lancar. Sempat buat pertanyaan baki akaun. hehe.. masih banyakk.. SENYUUUMMM...
  • Kemudian, panggilan VITEX lagi dari Indonesia. Benar-benar berharap agar kami dapat supply ke sana. ladangnya beribu hektar. Bantuan harus diberi pada pokok getah utk penghasilan yang maksimum.
  • Maka, saya dan emak terus meeting dengan pihak pengeluar. Seronok juga dapat deal dengan orang hebat dan berjaya ni. Banyak yang saya belajar. Segala nasihat, pengajaran, cara komunikasi, semuanya saya lihat dan belajar. Memang profesional ! Yang kelakarnya, pihak pengeluar ajak saya kerja dengan mereka untuk 'marketing dptmt'. Macam serius je bunyi nya.. :)
  • Hari ini Baby lahir. Eh..baby ?? SUSU BIOMIL lah !!! Kami ke Biotral pula untuk ambil stok susu ( softpack ) Seronoknya dah dapat.. tak sabar-sabar nak jual :) Cuma, sedikit sedih, SUSU BIOMIL tin masih belum dapat. So esok lah pergi lagi.
  • Pemborong di Utara, Pantai Timur dah memanggil-manggil STOK BIOMIL. Sabar-sabar ya ! Kepada peniaga & usahawan di luar sana, Realelite Sdn Bhd mengalu-alukan kalian untuk menjadi pengedar Biomil.


Oklah, sekian dulu kesimpulan aktiviti saya.

Jumpa lagi..


:) :)

Monday, April 7, 2008

ALIVE



bEING aLIVE ..


Alive is about LIVING...its about having wonderful life.

Juga bermaksud TIDAK MATI, di mana manusia atau apa saja organisma hidup BERFUNGSI dengan baik sekali.

Bagaimana manusia itu menjadi HIDUP ?

Melalui QUDRAH, disebut juga Energi dari Yang Maha Esa. Melalui QudrahNya kita BELAJAR untuk berfungsi. We learn and discover. MENEROKA potensi diri..meneroka RAHSIA demi rahsia yang sentiasa segar bila di dalami.

Alive is about CREATING NEW ONE. Bila kita belajar, kita yakin..dan kita percaya bahawa segalanya mungkin. Lalu, kita mencipta sesuatu dalam diri kita, mencipta apa saja yang kita mahu, dan mula mencintai diri kerana berjaya menongkah beberapa kejayaan. Ada waktu, kita gagal..namun gagal itu TIDAK PERNAH KITA FAHAM ERTINYA. Dan berusaha lagi ! Usaha ! dan teruuusss usaha. Kerana kita sudah PERCAYA segalanya mungkin dengan adanya Qudrah yang dipinjamkan. Kita sentiasa hidup dgn harapan dan impian menggunung.

Akhirnya KEJAYAAN kita tempa. Kita gembira. Kita bahagia..berkat usaha gigih dan PERCAYA padaNya. Justeru kita KONGSI CINTA DAN KESENANGAN bersama mereka yang membantu, yang setia dan tidak jemu menyokong.

Law of attraction terus mekar.. Bila kita mula berkongsi cinta, mula memercikkan CAHAYA...semakin banyak KEJAYAAN DAN KEKAYAAN diterima. Now, we able to ENTEND LOVE. To whoever we want to share. They seems too CLOSE to us. Aura kita semakin besar dan gemilang.

Kini, bermula satu episod baru lagi..

WE ARE NOW LEADING AND BUILD OUR OWN LEGACY..

:) :) :)

Thursday, April 3, 2008

Bila kali Terakhir anda TEPUK TANGAN ?



TEPUK TANGAN ? Ia adalah satu ACARA mudah apabila kita rasa GEMBIRA, MERAIKAN SESUATU KEJAYAAN, MENGAJAK ANAK2 KECIL MENYANYI dsb..

Ternyata, apabila kita bertepuk tangan PERASAAN GEMBIRA itu terhasil dan akan terserlah dari hati kepada wajah kita. Hanya orang yang gembira dan bahagia akan bertepuk tangan. Pernahkah anda melihat orang SEDIH, DEMAM, BORING, MARAH bertepuk tangan ? TIDAK !!

Selain meningkatkan Hormon Adrenalin yang boleh menguja aktiviti harian kita, hanya dengan bertepuk tangan akan meningkatkan TENAGA DAN MENYEMARAKKAN hari yang kita lalui. Ia dikenali sebagai TERAPI ALAMI yang melibatkan TENAGA BUNYI dan TENAGA ELEKTRON ( yang terhasil setelah kita menepuk tangan berkali2).

Aktiviti MENEPUK TANGAN juga sangat PENTING UNTUK MEMBANGKITKAN SEMANGAT seseorang. Jadi, apabila selesai melakukan sesuatu kerja apa kata anda TEPUK TANGAN tanda anda MENGHARGAI KERJA anda. Ia adalah satu BODY LANGUAGE yang MINDA FAHAM tentang maknanya. Minda akan faham, anda sudah selesai menyiapkan kerja, anda sedang gembira, dan anda ingin semangat !

Ingatkah anda ? Anda akan berasa sangat ceria dan gembira bila ada kanak-kanak kecil yang bijak telatahnya di rumah anda? Ini kerana , mereka sering melahirkan kegirangan mereka dengan bertepuk tangan.. ( eh..bukankah anda yg mengajar mereka ? ) Jadi, kenapa tidak anda bertepuk tangan untuk diri sendiri ??

Jadi..

JOM TEPUK TANGAN...
Bunyikan lagu rancak, ikuti rentaknya..dan TEPUK lah TANGAN anda !



Cheer your life.

Tuesday, April 1, 2008

Konvokesyen MSU ( 31-03-08 )

I AM HEALTHY & HAPPY !!!~