Wednesday, May 28, 2008

Monday, May 26, 2008

Anak sebagai MUTIARA HATI..

Anak adalah mutiara bagi setiap ibu bapa. Selain penerus generasi, anak diharapkan mampu menjadi manusia unggul, lebih hebat dari ibu dan ayahnya. Dengan pandangan begitulah, kebanyakan ibu bapa berjuang dan berkorban mendidik dan menyekolahkan anak-anak, memberikan kesemua ilmu yang dianggap akan dapat dimanfaatkan dalam kehidupan anak-anak.

Zaman sekarang zaman IT, zaman teknologi. Semua nak cepat, semuanya bersaing-saing. Ibu dan ayah dua-dua bekerja untuk cari nafkah demi membesarkan anak-anak.

Masing2 punya impian, " bila anak aku dah besar, aku nak dia jadi Doktor."Ada juga berharap anak jadi Peguam, Jurutera, Guru dan macam2 lagi impian. Bila anak2 dah lepas SPM, result cemerlang mula lah kita suruh mereka ambil jurusan itu dan jurusan ini. Hanya untuk memenuhi hasrat dan impian sendiri. Kalau itu saja tak apa lagi, tapi ada ibu bapa yang niat paksa anak sekolah bagus2, tinggi2 semata2 untuk bersaing2 dengan kawan2. Bila duduk-duduk sembang kat kedai kopi boleh dicanang satu semesta. Tanpa sedar, apa IMPIAN ANAK ?

Sangguplkah anda berperanan seperti seorang pembuat Boneka ? mempunyai skala yang sudah disyaratkan? atau anda betul-betul ingin menjadi ibu dan ayah yang bersungguh-sungguh membesar dan membimbing anak dengan cara yang betul ?

Menurut Kahlil Gibran ,

" Bicaralah kepada kami perihal anak-anak, maka orang bijak itu pun bicara : Puteramu bukanlah puteramu, mereka adalah putera putri kehidupan yang mendambakan hidup mereka sendiri. Mereka datang melalui kamu, tetapi tidak dari kami. Sungguhpun bersamamu, mereka bukanlah milikmu.

Engkau dapat memberikan kasih sayangmu, tetapi tidak pendirianmu, sebab mereka memiliki pendirian sendiri. Engkau dapat memberikan tempat berpijak bagi raganya, tetapi tidak bagi jiwanya, lantaran jiwa mereka ada di masa datang yang tidak bisa engkau capai sekalipun dalam mimpi.

Engkau boleh berusaha mengikuti alam mereka, tetapi jangan mengharap mereka dapat mengikuti alammu. Sebab hidup tidaklah surut ke belakang, tidak pula tertambat masa lalu. Engkau adalah busur daripmana anak panah kehidupan, putera puterimu, melesat ke masa depan "



Seharusnya, ibu bapa harus mendidik anak-anak bukan saja berdasarkan hal-hal nyata ( seperti wang, sekolah, makan, minum, pakaian ) tetapi harus juga meneliti EMOSI dan MENTAL anak-anak. Perkembangan Emosi & Fizikal harus seiring. Jangan terlalu serabut memikirkan IMPIAN SENDIRI sehingga terlupa impian dan cita-cita anak-anak.


Jumpa lagi.

BIOMIL di MBPJ ( 26-29 Mei 08 )

Assalamualaikum,


Sempena KARNIVAL KESEDARAN PENGGUNA ISLAM, PPIM & MBPJ menganjurkan Ekspo Produk Halal, hampir 30 buah booth terdapat di sana.

Susu Biomil tidak melepaskan peluang untuk bertemu anda ! Kami akan berada di Menara MBPJ, Petaling Jaya dari 26 - 29 Mei 2008.

Istimewa dengan Harga yang Lebih Rendah akan dibuat sepanjang tempoh tersebut.


Jemput datang beramai-ramai !
Temui kami di sana ....



:)

Saturday, May 24, 2008

Retreat & Recharge Langkawi

Salam sayang..salam keceriaan.. Laughing

Seminggu lalu saya berada di Langkawi ketika ini. Tak sedar begitu cepat masa berlalu dan saya seakan dikejar 'misteri' dari Langkawi.

Niat dihati membuak2 nak tulis pengalaman dan cerita2 di sana. Tapi, bila balik ke KL, hati saya terus DIAM. Lidah saya tak dapat BICARA. Energi saya TERKESIMA. Lantas, saya membisu dari arena ini.

Saya sendiri pelik kenapa saya jadi begini. Selalunya, saya semangat nak menulis. Tiba-tiba kali ni, saya cuma mampu membaca. Namun, Alhamdulillah, hari ini saya menulis akhirnya !

Wink

Lidah saya masih terasa-rasa kesedapan LAKSA depan Underwater World. Ikutkan hati, nak makan 5 mangkuk tanpa henti. Haha.. Tapi, bila diikutkan perut yang nak meletup ni, saya terpaksa batalkan hasrat.

Fikiran saya masih terfikir-fikir tatacara ResqHu yang begitu power.. Saya juga terbayang-bayang aktiviti chi yoga yang begitu menyentuh hati saya. Terutama, ketika Master Hazil beri 'duit' seringgit untuk di pas-pas pada yang lain, juga ketika memindahkan 'rasa kasih'.. semuanya masih bermain difikiran. Proses pembelajaran itu tidak terhenti pagi itu, tetapi ianya berlanjutan hingga SAAT INI.

Energi saya masih sedang 'blend' dengan energi yang di tap di Langkawi. Banyak Energi yang di tap. Kata Master Nani, saya dapat tap energi Gamat lebih. Sebab tu bisnes rancak betul. Yang dia pulak tap energi mahsuri banyak, tu yang orang tegur dia cantik. Laughing

Apa jua positif energi yang di tap, saya bersyukur dengan nikmat yang dikurnia.

Terima kasih pada Master Hazil dan Pn Su memberi saya kesempatan untuk bersama-sama mengikuti R & R ini. Terima kasih kerana membawa saya ke tempat dalam MIMPI saya ( Titi Gantung )

Di sana, saya dilanda 'sesuatu peristiwa' dan saya pelajari perkara paling berharga dan bermakna.



Perjalanan R&R Langkawi terasa seperti lambat berlalu tapi bila rewind balik rasa cepat pulak. Entah la..pelik betul. Saya je kot rasa macam tu.

Apa pun, saya gembira & berpuas hati dengan program ni. Terima kasih buat Master Hazil sekeluarga, Coach Amar, Master2 Reiki dan Rakan2 Baru IQBC.



All the best to all.


Ikhlas,

Dari saya yang masih terkenenong..

Haha..

Rolling Eyes

BIOMIL di MHI - 23/5/08

Alhamdulillah, semalam Susu Biomil berada di segmen MHI. En Ishak ( Pengarah Biotral Sdn Bhd) memperkenalkan Biomil kepada masyarakat dengan hebat & lancar sekali.

Saya gembira dengan perkembangan positif ini. Untuk hari ini, demi Mu ku ucap kesyukuran..

En Ishak & Wardina di MHI - 23-05-08



:)

Thursday, May 15, 2008

Tranungkita.net & Reiki

Saya terpanggil untuk menulis sesuatu di sini. Sekadar berkongsi cerita & rasa agar boleh dimanfaat pada semua. Apabila saya search " Rindu Reiki" di Googles, saya terpandang ada satu topik dibuka di forum berkenaan REIKI.

Apabila pembuka thread bernama mag menulis SAPA TAU APA ITU REIKI pada awal April 2008, helaian demi helaian respons muncul memberi pendapat, bertanya, mengutuk dan membanding-banding. Hingga hari ini 15 Mei 08, sudah 12 m/s topik ini dibincangkan. Seorang dari pembaca bernama syedluqman beriya-iya membalas dan menerangkan apa itu reiki dan adakah ianya benar @ salah disisi Islam.

Namun, walaupun sudah berjela ditulis dan dibincang, para pembaca topik ini masih belum memahami isi kecantikan Reiki. Saya faham, ada yang menulis di topik ini hanya sekadar suka-suka, ada juga yang sekadar menghangat suasana, ada yang memang bersifat pengkritik shj, dan ada juga yang memang mencari jawapan sebenar.

Apapun alasan dan sebab mereka, saya rasa BANGGA ! Bangga kerana ilmu ini sudah mula mendapat perhatian dari banyak pihak dan mula membicara dengan serius. Ini memberi satu fenomena positif bahawa ILMU REIKI ini semakin dikenali biarpun ramai yang masih sangsi dan belum memahami.

Dan saya sedar, pengamal Reiki terutama dari 7Chakra@ IQBC, pengamal Reiki dari MSCT, atau dari aliran Kundalini harus bertungkus lumus untuk saling sampai menyampai ilmu Reiki yang betul kepada masyarakat. Apabila menyebut tentang ilmu, syaratnya perlu dituntut, perlu ada guru perlu ada pelajarnya, perlu ada diri dan hati yang hadir untuk mendengarkannya. Soal ini bukan mudah, kerana Reiki itu pengalaman. Pengalaman hanya akan terjadi bila kita sudah belajar secara Teori dan Amalinya.

Jadi, nasihat saya kepada pembaca sekelian, bagi yang intai-intai tentang ilmu ini, atau yang memang minat untuk discover kebenaran ilmu Reiki, pergilah berguru dengan GURUnya. Belajarlah dengan yang pakar. Bergurulah dengan yang mengamal. Barulah pengalaman boleh dikongsi, agar semuanya mendapat manfaat. Ilmu yang berharga pasti tidak mudah untuk dapat PERCUMA. Selagi ia tidak dibayar dengan USAHA, sampai bilapun anda akan tercari-cari tentang hakikat kebenarannya.

Sila e-mel saya untuk mengetahui kelas Reiki di Malaysia ( murah, benar & mengikut Sunnah & AlQuran)

Cukup sehingga di sini. Semoga Reiki terus Makmur di Malaysia.

Kepada pembuka TOPIK, terima kasih buat saudara.


Jumpa lagi

Master in Reiki,
Master Fatimah Az Zahra
Malaysian Institute of Reiki

4 qualities of wealthy woman


Besides money a wealthy woman,has some qualities that serve a guideposts to make sure she's always walking toward wealth rather than away from it. Here are the four qualities and how they can translate into financial issues.


1. Harmony & balance

Harmony is the agreement between what you think, say and do. Balance is the state of stability in which in which you're able to make sound judgement that will enhance your financial security. Aligning your thoughts, words and actions will put you on a path to balance- and emotional well being.


2. Wisdom & courage

The ability to make ( not just think about ) sensible decisions that respect your needs takes wisdom, the voice of experiences that's inside each woman courage, the creates harmony by uniting or thought with our action, is what let us assers our opinion confidently.


3. Generosity & happiness

The generosity must benefit both parties. No woman can control her destiny if she doesn't give to herself as much she gives of herself.Happiness manifest itself through generosity.


4. Cleanliness & beauty


Removing clutter & chaos from our lives brings clarity, which makes it easier to achieve what we want. From emptying closet of unused stuff to streamlining your wallet, cleanliness is a sign that you're in control.


When you commit to find harmony and balance. You have the courage to make wise decisions that are as generous to you as they are to others. This leads to deep, unwavering happiness and brings beauty into your life.

Sunday, May 4, 2008

Thursday, May 1, 2008

An Education

Kisah ini ingin saya kongsi bersama pembaca lebih2 lagi Master2 Reiki dan GMaster Hazil.

Sebelum ini, saya pernah menulis saya mimpi Ya Hu. Klik sini.

Namun, sejak kebelakangan ini, lain pula pengalaman saya. Ianya bukan lagi hanya mainan / ilham sewaktu tidur. Logo Ya Hu seringkali muncul dalam mata saya. Ia berada pada bayangan mata saya pada waktu-waktu tertentu. Saya pernah menulis emel kepada G Master Hazil pada awal April yang lalu.


“Sejak KAMK saya terperasan ada sesuatu utk saya renungkan , tapikurang faham maksud dan pengajarannya. Jadi, spt Master Nani..nak cerita sikit pengalaman n bolehlah Master ulas jika ada yang perlu.Sebelum KAMK, semasa saya Mimpi YA HU dulu..saya mimpikan Simbol HA WAU ( HU ) di langit..Kemudian, pada KAMK dulu, semasa lagu Gemuruh ..diminda saya seperti ada 1 subliminal code ALLAH( dlm jawi ) yang flash out.Beberapa minggu lepas, code HA WAU menjelma lagi dimindaSemalam saya dapat code Lailahailallah ( dlm jawi )pula..Hari ini, saya dapat code Allah lagi..Tidak pernah berlaku pada saya perkara sebegini sebelum ni…Wallahua’lam.”


Dan G Master menjawab (antaranya ) :


“Mengapa jadi begini???!! Entahlah… HANYA DIA YANG TAHU!! mungkin ini SURATAN atau HAKIKAT apabila memperjuangkan ‘ROH’ ini. Umpama ‘minyak’ dan ‘air’ yg tak mahu bersatu… (walau boleh bersatu). Benarlah kata GURU2 bahawa jalan perjuangan ini amat PAYAH dan GOYAH!!.Hari ini saya kehairanan dgn email anda… anda ‘MELIHAT’ apa yang TERSEMBUNYI.. anda melihat apa yang ‘dibalik’ nyata (metafizik)…anda melihat ‘ROH’ itu…. Dan ia bukan pertama kali.. anda kata ia sudah beberapa kali. Saya hairan…. saya juga pasrah… saya juga hiba…!!! DIA masih memberi ROH itu dalam kerja2 saya… mengizinkan mereka yg melalui ‘merasai’ dan ‘melihat’ nya…”


Saya terfana dengan pengalaman baru ini. Sehingga sekarang, saya tertanya-tanya pada diri, apakah maksud code-code tersebut. Dan bagaimana saya harus menggunakannya dengan cara yang betul ? Ini merupakan satu pengalaman yang perlukan penjelasan yang pastinya tidak akan dapat di mana-mana buku.


Bila saya letih, saya tutup mata dan meditasi. Bayangan2 code ini akan muncul. Dan saya terus menyebut code2 tersebut dan menganggapnya sebagai satu code yang terbaik utk saya gunakan waktu itu. Dalam bayangan minda, saya lakarkan code tersebut pada setiap chakra , terutama di crown chakra.


Apa kesannya ? Entah. Saya cuma rasa meditasi itu lebih grounded dan tenang. Bila saya Reiki diri saya, guna code2 itu saya rasa lebih mudah sembuh. Alhamdulillah.


Semalam, 30 April. Satu lagi pengalaman baru muncul. Mak saya mengadu sakit kepala, sakit gigi, sakit tengkuk, sakit2 badan, letih dan tidak bermaya. Saya cuma reiki kan pada tengkuk sahaja. Waktu tu, saya pun letih jugak. Saya cuba fokus pada healing energy sambil menutup mata. Sekali lagi !!! Code2 itu muncul lagi. Tapi bukan Hu sahaja ! Macam2 bentuk dan rupa. Saya tidak faham. Ini gambarnya.

Jadi, saya pun melukis huruf Ra dan Ba pada tapak tangan dan letakkan pada tengkuk mak saya. Terus je mak keluar angin. Sendawa beberapa kali. Kemudian bayangan arrow ke kanan dan kiri pula muncul. Lalu saya lukis pula arrow tu pada tengkuk mak. Sendawa lagi. Bunyi kelegaan. :) Lepas tu code HU pula muncul, diikuti Alif Lam Ra, diikuti 3 titik seperti di atas.


Hampir 10 minit saya Reiki bersama code2 tersebut, mak saya pun tidur dgn lena. Bila bangun dari tidur, dia rasa lebih sihat berbanding tadi.


Hm.. adakah begitu cara saya perlu aplikasinya? Atau ada cara lain? Walahua’lam. Saya terfikir, adakah ini ini permulaan untuk sesuatu dalam hidup saya ? Bulan 4 mengajar saya sesuatu ILMU yang baru. 4 dari segi numerologi merujuk kepada penunjuk arah, ilmu. Dan ilmu itu boleh didapati dari pelajaran dan pengalaman. Pengalaman code ini saya dapat awal bulan 4 dan ditutup dengan 30hb 4. Adakah ianya terancang atau hanya kebetulan ?


Syukur Alhamdulillah.