Thursday, June 19, 2008

Sunday, June 15, 2008

What do I expect now ?

Saya belum pun setahun berjagung dalam perniagaan. Masih terlalu banyak untuk saya pelajari selok beloknya. Bisnes trading bukan lah mudah sebenarnya ( this is not i was expecting before getting serious into business ). Selain pelanggan yang sedia ada berkurangan, saya harus juga terima bahawa tidaklah mudah untuk mencari pelanggan baru yang seterusnya. Bila ikan tidak masuk jala, bisnes akan menjadi semakin tegang. Namun, itu lah realiti. ( again, this is not i was expecting before ! )

Business goes on and on. Belum sempat ingin bangkit dari kejatuhan, ada satu 'tenaga' lagi yang bila-bila boleh menolak jatuh kita. Letih untuk bangun ? Tidak ! Kudrat saya masih ada untuk terus bangkit dari kejatuhan. Ditolak lagi ! Bil perlu di bayar, pekerja harus digaji, maintanance perlu dipeduli.Saya harus bangkit lagi.

Pada KAMK lalu, saya belajar untuk bersedia dari segi emosi dan mental. Bahawa harus diprogram pada bisnes adalah mudah, wang mudah dicari, rezeki akan mencintai saya, saya akan mencintai rezeki, bil boleh dibayar dengan mudah. Saya ingat, saya sudah faham dan menguasai. Namun, realitinya tidak sama.

Biar bukan saya yang membayar segalanya, tapi saya melihat ada kejerihan untuk meneruskannya. Saya tidak mengerti, adakah kerana belum masanya ? adakah kerana ada blockage pada pengendalinya ? atau apa ?

Saya amat suka membaca buku The Secret, membicarakan Law of Attraction..

"When u want to change your circumstance, you must first chang your thinking.

Everytime you look inside your mail expecting to see a bill, guess what - it'll be there. Each day you do out dreading the bill ! You're never expecting anything great. You're thinking debt, you're expecting debt. So, debt must show up so you won't think you're crazy.

And every day you confirm your thought : Is debt going to be there ? Yes, debt's here. Is debt going to be there ? Yes, debt's there. Why ? Because you expected debt to be there. So, it shown up, because the law of attraction is always being obedient to your thoughts.

Do yourself a favour - expect a CHEQUE ! "

Tertanya-tanya saya, bagaimana agaknya untuk menidakkan perasaan negatif tersebut. Ianya memang akan terjadi. Kerana memang setiap bulan bil elektrik, bil air, bil ASTRO, bil telefon dan macam2 bil akan muncul mengikut tarikh masing-masing. How can i dont expect for them ??? Of course their coming !

In the same while, i also always expecting a SALE ! expecting a CHEQUE ! But they dont come often. How can i pay ? The money is decreased. Overdraft is increased.

* lalu saya tersedar, dalam bisnes bukan seorang yang perlu bekerja gigih fizikal, bukan hanya seorang yang perlu gigih membetulkan mind set, bukan seorang yang hanya tidak peduli.. rezeki itu hanya datang bila organisasi itu menjadi SATU dan BERSATU.

Persoalannya, kenapa saya masih tidak dapat MENYATUKAN ??? agar bisnes ini makmur dan terus makmur.

Ya Allah, sesungguhnya kami ini hanya hidup atas dasar belas kasihan dan kasih sayang dari Mu.

Wednesday, June 11, 2008

Tanda tanya ( ? )

Segala penciptaan diteroka hari ini
lalu ia menjadi sejarah pada esoknya
Dan malam hadir bersama sepi
Ternanti-nanti penuh teka teki

Hanya yang punya kesabaran
mampu melihat dalam gelap
mampu mendengar dalam sunyi
mampu merasa dalam ketakutan
segalanya penuh musykil
apa kah benar akan suratan

Manusia itu istimewa
punya pilihan pelbagai
ingin berselindung dalam noda
atau ingin keluar mengikut cahaya

Jika hari ini gembira
mungkin esok sejarahnya sama ?
Jika hari ini bersedih
mungkinkah kerana semalamnya gembira ?

Aduhai..hidup ini penuh tanda tanya..



Tuesday, June 10, 2008

Biomil - yang turut beri sokongan..

Pada hari Ahad, saya menerima kunjungan istimewa dari rakan seEnergi dalam bidang Rawatan Reiki, iaitu Master Kasyfullah. Kunjungannya bersama isteri Pn Indah & anaknya Muzaffar memang membuatkan hati saya ceria dan gembira. Terima kasih Pak Lah..


Kejutan juga saya terima pada hari tersebut bila kawan lama saya turut singgah di booth kami. Terima kasih Abg Rosfa, isteri dan anak..Pertemuan singkat namun saya yakin energi persahabatan yang terjalin di booth tersebut akan memberi impak besar pada kehidupan kami.

Pengalaman demi pengalaman.. perasaan gembira & bertenaga semuanya menyelubungi saya sepanjang 2 hari di Expo. Jiran-jiran booth Biomil juga mesra-mesra belaka. Saya memerhati teknik marketing yang pelbagai cara. Saya belajar cara berkomunikasi dengan Swietenia Industry Sdn Bhd ( Buah Tunjuk Langit ) Generasi muda yang penuh ilmu & wawasan .
Saya belajar cara public speaking dengan CTY Muntahary Ent ( Herba Genggam Fatimah ). Cara mereka convince pelanggan memang menarik dan penuh keyakinan..Begitu juga dengan Sure Pintrass Marketing. Persembahan produk, teknik dan gaya mereka saya pelajari.

Mana yang baik semuanya dijadikan teladan, mana yang tidak baik saya perbaiki kesilapan.

Ilmu-ilmu beginilah yang dikatakan ilmu kehidupan. Ianya tidak akan dapat dituntut di sekolah @ universiti. Ia perlu dilalui, ia perlu dihayati setiap saat dan intipatinya. Saya bersyukur dengan kesempatan yang Allah swt beri.

Alhamdulillah..

Biomil di Expo Usahawan Bumiputera Malaysia 2008, Penang

Syukur dan setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan buat yang Maha Pemurah Allah swt atas kesempatan yang diberi. Susu Biomil terus bergerak maju ke depan bertemu dengan lebih ramai pengguna. Kami berada di Booth A-12-3 pada 31 Mei - 8 Jun. Terima kasih buat Pn Norzi sebagai Dealer utama kami di Wilayah Utara ( Perak, Penang, Kedah, Perlis) yang gigih bertungkus lumus menyedia dan memberi komitmen yang tinggi terhadap promosi Biomil. Tujuan kami untuk mempromosi Biomil berjaya dan mendapat sambutan hebat dari warga Penang yang cukup sporting dan sempoi.

Turut menjadi 'orang kuat' sewaktu promosi ialah Jalil dan Wan ( gambar di atas ). Tenaga muda yang tak mengenal erti letih dan jemu memberi peluang orang ramai merasa keenakan Susu Biomil. Terima kasih tidak terhingga.l Pastikan pengalaman 10 hari tersebut menjadi bekalan untuk kalian meneruskan masa depan yang cemerlang.

Target saya pada expo kali ini ialah, pada kehadiran saya Sabtu dan Ahad sale Biomil akan meningkat dari hari yang sebelumnya. Resq56, ResqHu dan Reiki tetap menjadi kemestian untuk membantu saya mencapai target. Alhamdulillah, pada kedua-dua hari tersebut, kami dapat sale tertinggi.. Apapun, bukan sale yang menjadi keutamaan tapi impian kami adalah untuk menyediakan alternatif kepada setiap keluarga agar menjadikan amalan minum susu sebagai satu kemestian.

Saya akan menulis lagi cerita tentang Expo Penang..

Tunggu..

:)

Thursday, June 5, 2008

Pantun Seloka Orang Bisnes

Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si ekor belang
Dua tiga bulan consignment diberi
Boleh pengsan tauke seorang

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Tengah bulan termengah-mengah
Mengharap sale tak kunjung tiba

Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Harap staff baru belajar
Sekali ketuk sekali jalan

Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang aku bila nak bayar ?
Jangan pulak buat tak reti.

Dalam semak ada duri
Ayam kuning buat sarang
Masa awal berbudi-budi
Last-last naik berang

Kalau ada sumur di ladang
Boleh saya menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Matilah saya di kejar ceti

Butang selasih permainan budak
Daun sehelai dimakan kuda
Ambil barang hendak tak hendak
Asalkan tidak bermasam muka

Tuesday, June 3, 2008


Do you dream to be RICH ??



But, do you realize,
If...

When you can't sleep, you cant dream..


YOUR DREAMS MISS YOU A LOT !

Sunday, June 1, 2008

Biomil di MIHAS 2008


With a very sweet and greatest memory - it will remain in our mind ! MIHAS 2008 gives us chances to gain experience & knowledge. Susu Biomil will forever ALIVE !


:)