Thursday, July 31, 2008

Sunday, July 27, 2008

Rei-Ki

Rei itu alam yang punya bayu penyembuhan

kemana ia bertiup

kepada siapa yang meminta

Ki itu tenaga yang dipinjam

dari Yang Berkuasa untuk si tiada berdaya..

Apa benar Reiki itu terus ?

Yang terlihat adanya lurus, adanya berselekoh

Seperti sungai..alir tujunya pada yang satu

Lekuk dan payah atau licin dan mudah

Terpulang pada dasarnya

Jika cerun, laju chi-nya

jika landai, perlahan jadinya

Jika kotor, tersumbat jalannya

Jika bersih, terbangkit kundalininya.

Rei itu umpama bayu

ingin ku hidup didalam Chi cintanya.

Tuesday, July 15, 2008

Keuntungan Mutlak

Saya merenung beberapa perkara yang berlaku dalam hidup saya akhir-akhir ini. Tentang bisnes dan rezeki. Ramai orang kita berniaga sungguh-sungguh dan gigih mencari keuntungan. Iya.. itu normal pada orang bisnes. Namun, fikir semula adakah apa yg kita dapat itu benar2 keuntungan ?

Saya berikan suatu situasi . Membandingkan 2 syarikat Melayu Islam ( A & B ) yang ingin mengorak maju dalam bisnes masing-masing.

Syarikat A
Kekuatan :
- Mempunyai kakitangan lelaki & wanita yang muda dan gigih berusaha.

- Modal didapati dari investor2 besar.
- Sentiasa merebut peluang, mengikuti pameran & selalu roadshow.
- Nilai moral yang tinggi, jujur, dedikasi,berbaik sangka.

Kelemahan :
-Kurang melaksanakan kewajipan agama, solat, pergaulan bebas,
minum arak

Biarpun syarikat A dilihat seperti banyak engkar pada suruhan agama, namun rezeki mereka tetap mencurah-curah, segala apa yg mereka inginkan mereka dapat dengan mudah.

Syarikat B
Kekuatan :
- Mempunyai pengalaman dalam pelbagai jenis perniagaan

- Diketuai oleh ketua yg berpengalaman
- Mengikuti pameran2 yang bersesuaian shj.
- Organisasi yang sangat mementingkan solat, menjaga halal & haram perhubungan, dan menjaga akhlak.

Biarpun dilihat mempunyai hubungan baik dengan Allah, namun syarikat B sentiasa diuji kepayahan, kejatuhan dalam bisnes, ditipu dsbg.


Kedua-dua syarikat ini mempunyai pro & cons yang tersendiri. Pada saya, biarpun syarikat A mudah urusannya di dunia, namun keuntungan yang mereka perolehi tidak mutlak. Ia indah di dunia, tapi tidak di akhirat.
Syarikat B pula diberi ujian bukan kerana Allah tidak sayangkan mereka, namun ujian Allah itu sebagai tanda kasih sayangNya. Agar mereka lebih rapat dengan Pemberi Rezeki. Biarlah hidup di dunia diuji, namun keuntungan mutlak di akhirat, insyaAllah.



Sekian.

:)

Monday, July 14, 2008

Sukses & Makmur

Salam Sukses,

Beribu kekuatan saya cari dan gali untuk kembali menari di arena blog ini. Sejak akhir-akhir ni, ujian untuk menulis agak hebat. Namun, nasib baik ada ayah saya menyambungkan niat saya untuk cerita lebih lanjut tentang perkembangan Biomil Klik sini dan bisnes2 kami yang lain.Dan sini.

Reiki :
Energi Reiki saya lihat semakin makmur dan cemerlang sejak kehadiran Buku Aura Penyembuhan Reiki tulisan Master Hazil. Saya rasa masih belum ada lagi di kedai-kedai buku. Tak sabar betul rasanya untuk melihat Buku tersebut di depan MPH, Popular, Kinokuniya, dan barisan kedai buku yang lain. Jika saya tak sabar, Master Hazil apatah lagi debar didadanya. :)

Saya juga punya niat untuk menulis. Hobi saya menulis sejak kecil sepatutnya saya kembangkan dalam siri buku-buku Aura. Namun, buat masa ini..saya belum punya kesempatan. Ahh..semuanya alasan ! Saya ingin sangat menulis sebuah buku mengenai Aura Remaja. Saya akan terus tapping agar ianya kan jadi kenyataan kelak !

Biomil :
Susu Biomil sudah berada di Pasaraya Mydin Selayang, Subang Jaya, Shah Alam, Terengganu dan Melaka. Sudah pun berada sebaris dengan susu-susu yang lain..Dumex, Enfagrow, Dugro dll. Saya seperti tidak percaya akan perkembangan positif ini.

Biomil hadir pada waktu yang tepat pada fikiran saya. Di kala rakyat Malaysia ( Melayu & Islam ) begitu alert dengan isu halal dan haram, Susu Biomil memberi satu pilihan tepat untuk mereka. Kebetulan, pasar2 mini ( Halal Hub ), kedai2 yg menjual produk halal muncul bagai cendawan tumbuh sekarang ini. Susu Biomil mekar di kedai-kedai begini . Koedar ( Pasaraya Pak Aji ) , Pasaraya Jazmine antara pasaraya yang dimiliki oleh orang Bumiputera yang menitik beratkan supplier2 Islam.

Aladdin Spa :
Semakin mencabar dan harus terus cekal untuk menjaga 'anak' yg satu ni. InsyaAllah, lepas semua dah dapat atasi masalah 'minyak naik' dan 'naik minyak' ni, saya jangkakan sesuatu yang luar biasa terhadap Aladdin Spa.

Personal :
Pada KAMK 1 yg saya hadiri dulu, saya aim untuk turunkan berat badan hingga 45 kg. Jadi sebagai 'kayu ukur' saya ambil seluar yang saya pakai masa Tingkatan 1 dulu ( berat 45kg ). Dah bertahun2 saya tak muat pakai seluar tu. Semalam, saya cuba pakai dan YES !!! Saya berjaya menyarungkannya semula !!!!


Untuk hari ini,
ku ucap SYUKUR atas segala nikmat dan kurniaan yang Engkau berikan... !

Thursday, July 3, 2008

Malam Graduasi Juruterapi Reiki

Keluarga ini menyerlahkan kehidupanku.. Tq K.Su & Master Hazil..

Dr K Devi : Iridology Tutor -> ku sanjung & ku hormat tinggi..

Bergelar Juruterapi Reiki - >Ianya hanya permulaan..

Juruterapi Reiki Batch 2


Wif K.Su -> She's beautiful !

i let my SOUL speak out LOUD




lately..

i dont speak too much ..
so

i let my SOUL speak out LOUD..

Tuesday, July 1, 2008

Perasmian Buku Aura Penyembuhan Reiki


Buku Aura Penyembuhan Reiki selamat dirasmikan oleh EN. JAAFAR LASSA, Ketua Cawangan Dasar & Pelembagaan Bahagian Perubatan Tradisional & Komplementari, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA merangkap wakil kepada PENGARAH BPTK: Dr Ramli Abd Ghani.

Majlis gilang gemilang ini berlangsung di Dewan Rebana Hotel Grand Bluewave, Shah Alam pada 28-06-2008. Energi merah menyelubungi dewan..saya bangga melihat hadirin yang hadir datang memberi support yang hebat pada malam tersebut. Semoga dengan tema yang hebat, kehadiran insan2 hebat, hubungan persaudaraan yang erat akan menyemarakkan penjualan Buku Aura Penyembuhan Reiki tulisan Guru saya, Dr Mir Hazil Azran Ramli.