Tuesday, December 30, 2008




..................................................
BLOG IS UNDER CONSTRUCTION

m looking for a new template, new image..new style..
2009 : start fresh !


.

Salam Awal Muharam



Seorang murid bertanya kepada gurunya :


M : Siapakah orang yang paling kaya wahai guruku ?
G : Engkaulah ! Selama kau mensyukuri apa yang engkau miliki

M : Siapa yang orang paling miskin wahai guruku ?
G : Engkaulah ! Selama kau merasakan kurangnya rezeki yang kau perolehi

M : Siapa orang yang paling bodoh wahai guruku ?
G : Engkaulah ! Selama kau kejar dunia dan lupa akan kematian

M : Siapakah orang yang paling mulia wahai guruku ?
G : Engkaulah! Selama kau memuliakan Allah dan sesama manusia

M : Siapakah orang yang paling hina wahai guruku ?
G : Engkaulah ! Selama kau mengabaikan Allah dan makhluk

M : Siapakah orang yang paling beruntung wahai guruku ?
G : Engkaulah selama ilmu yang engkau dapat berbuah kebajikan

M : Siapakah orang yang paling rugi wahai guruku ?
G : Engkaulah ! Selama tidak ada keihklasan dalam segala kebajikanmu.


" Merasa diri bodoh, harus terus belajar....."


.

Thursday, December 18, 2008

Mencintai sakit : Memaknai Kematian (3)

Ada seorang sahabat nabi yang sebelum masuk Islam ia hidup serba cukup. Setelah masuk Islam, dagangnya mengalami kerugian terus menerus. Maka yang disalahkan adalah Islamnya.

Lalu datanglah ia kepada Rasulullah s.a.w,
" Ya Rasulullah, sudah hilang hartaku, sakit pula tubuhku".

Nabi menjawab,
" Tidak ada baiknya seorang manusia yang tak pernah
sakit dan tak pernah hilang hartanya. Kerana kalau Allah
mencintai hamba, maka diberiNya ujian dan kesabaran menghadapinya,".

Kesabaran menghadapi musibah itulah at-tamhish. Musibahnya datang dari Allah.

Kata saya : Aduhai....pelajarilah nikmatnya musibah


Wednesday, December 17, 2008

3 peringkat Penyucian : Memaknai Kematian (2)

Proses at-tamhish ( penyucian) itu terjadi 3 kali. Kerana besarnya kasih sayang Allah, kita diberi peluang olehNya dalam 3 episod kehidupan :

PERTAMA : di dunia ini
KEDUA : di alam barzah
KETIGA : di alam akhirat.

Penyucian yang datang dari Allah itu disebut at-tamhish. At-tamhish di dunia ialah musibah. Bencana-bencara yang menimpa kita itu menghapuskan dosa-dosa kita.

Dalam hadis sahih Bukhari-Muslim disebutkan :
" Kalau seorang mukmin ditimpa musibah, kelelahan
atau keresahan atau duri yang melukainya, maka ia
menjadi penghapus dosa-dosanya.'



Monday, December 15, 2008

Sedutan dari Novel Memaknai Kematian ( Ep 1 )

Ini adalah Kategori Baru dalam blog saya. Buku ini sudah lama dibeli oleh bapa saya, saya cuma sempat baca bila ada kelapangan, selang-selang masa breakfast atau sebelum tidur.
Saya tak akan menulis kesemua isi dalam buku ini, tetapi saya akan menulis isi-isi penting atau kisah menarik hati saya untuk bacaan kalian.
-----------------------------------------------------------------

Novel : Memaknai Kematian ( agar mati menjadi istirehat paling indah )
Penulis : Jalaluddin Rakhmat


Kata Nabi saw :
" Ada dosa yang tidak bisa dihapus dengan apa pun
kecuali dengan sulitnya mencari nafkah yang halal".

Dari musibah dan kesulitan mencari nafkah yang halal ada proses penyucian yang Allah berikan kepada kita.

---------------------------------------------------------------------------

Kata saya :
Masalahnya, zaman sekarang ada yang tak nak cari nafkah halal. Bahkan, nak cari nafkah pun malas ! Untuk nafkah diri, keluarga dan masyarakat Islam.

Bacalah tajuk di atas. Sekali lagi.

.

Friday, December 12, 2008

Road & Building along my journey


.
Jln Sentul : Jalan Sentul adalah saksi kepada setiap fikiran, harapan dan perancangan saya setiap hari menuju ke ofis. Biasanya, sambil drive, saya akan buat simple Reiki, Resq dan plan urusan kerja.

Public Bank, Maybank,CIMB : Tempat wajib utk dilawati. :)

Jln Pahang : Here my office.. Restoran Haslam, Hosp Tawakal, Rest Rafiya..those are the landmarks.

Shah Alam : Zaman 'kanak2' dulu..3 tahun kat Sek 13 :) Best duduk sini, walaupun panasnya membahang, tapi kat sini sangat mendamaikan. Sek9 - tempat belajar Reiki. Sangat aman bila 'melepak' kat Reiki Centre. Setiap minggu pasti akan pergi jengah.

Federal Highway : Punya lah selalu drive ikut jalan ni, sampai dah masak dengan kerenah Federal. Pukul berapa jem, pukul berapa lengang, tpt mana selalu accident..iklan bilboard apa yg bertukar..semua pun saya perasan. Hehe..

Jln Bangkung, Bangsar : Bali Ayu Spa - best dia punya urutan traditional.. tempat yg sangat cantik dan Ginger Juice dia sangat sedap.. Sebelah Spa tu, ada kedai Kek Suanson, kek Carrot Walnut..eerrm..nyummmii !!!

Herbal Plaza, Medan Tuanku : The only shop yang jual Syampu Minyak Kelapa Dara keluaran negeri Johor. Wangi - lembut - melebatkan rambut ! The only syampu keluaran Bumiputera that i trusted !

Amcorp Mall : Lalalalala...banyaknya kenangan terukir..ssshhh...

ChowKit : Orang selalu pergi chowkit beli sayur..ikan..ayam bla bla bla.. tapi, saya selalu pergi sana untuk beli plastik beg.

Carrefour Wangsa Maju : Sell & Sales !

Jln Cempaka,Ampang : Sell & Sales !

Sg Buloh : Pasaraya The Store - Sell & Sales ! Biotral Sdn Bhd - Buy & Stock !

Jln Ampang : Paling bosan dengan kesesakan yang sentiasa ada kat jln ampang ni. Tapi, macam-macam peristiwa menarik & best jugak..

MPH MidValley : The best place to release tension. Boleh habiskan 1 hari suntuk kat sini. Books ! Books ! Books ! Endless title to read, trust me !

Okey.. dats all for now..there's many many roads & building to write here..will share soon ! U know..as half of my life is on the road. hehehe...

:peace:

Saturday, December 6, 2008

Mind of Healing


The mind is powerful enough to heal as well as destroy,
and if the will to get better is not present,
it does not matter how many doctors or therapists are consulted
if the patient is unwilling to contribute to the healing process as well.

.

Friday, December 5, 2008

Mencakar Langit Impian, jangan sampai roboh kerana dasar yang rapuh


Kalau nak buat bangunan tertinggi di dunia, memang boleh. Lagi tinggi bangunan, ratus-ratus tingkat lagi banyak cabaran yg perlu ditempuh. Kena pastikan konkrit yang di pasang, jenis cermin kaca, penghalang kepanasan & tempoh siap yg singkat, sistem paip dsb ...semuanya mesti A++ . Sebab bangunan tu lah tempat ribuan manusia nak duduk dengan selamat.




Saya bukan lah tukang buat bangunan / engineer..belajar pun tak pernah.tapi ada sesuatu yang perlu kita renungkan.




Bangunan yang tinggi-tinggi ( macam Burj Tower Dubai) sangat rumit pembangunannya jika nak dibandingkan dalam sejarah pembangunan rekabentuk & construction pada masa tu.


1. Lokasi di kawasan panas & kering : 40C tu, mampu buatkan orang kat dalam bangunan cepat letih dan mati sebab guna dinding kaca. Cara atasi : Bahagian luar kaca di salut dengan logam nipis untuk memantulkan sinaran UV. Bahagian dalam kaca di lapisi dengan lapisan yang dapat memantulkan semula InfraRed. Penyaman Udara di reka dan di pasang ke dalam bangunan.




2. Tiupan angin : Lagi tinggi bangunan tu mencakar langit, lagi besar risikonya pada tiupan angin. Bangunan akan mudah runtuh sekelip mata. Cara atasi : Struktur keluli bangunan di ubah suai supaya dapat melawan angin sekuat 90km/j ! Pada kelajuan itu, bangunan tersebut akan beranjak sebanyak 15 cm ! Itu dah kira OK, kalau tak, bangunan akan bergoyang sama seperti kapal terumbang ambing di lautan.




3. Gempa bumi : Tiupan angin berjaya di atasi. Itu cabaran dari ruang atas. Gempa bumi adalah cabaran dari ruang bawah. Nak hasilkan bangunan yang tinggi melangit, semua aspek yang saya tulis tadi telah pun di ambil kira. Tapi, jangan bila dah siap, cabaran pada dasar menjadi pemusnah segala-galanya. Dengan sedikit gegaran pada dasar bumi yang berpasir dan jauh dari konkrit bumi, bangunan yang tinggi akan mudah rebah bila-bila masa.


Cara atasi : Keluli yang digunakan untuk menyambungkan antara satu bahagian ke bahagian yang lain dicipta dengan lebih KEKENYALAN. Meskipun struktur keluli itu sendiri mudah lentur, namun ia tidak cukup untuk menyerap gegaran. Lalu kekenyalan pada hujung keluli dicipta dan gempa bumi pada skala Ritcher 6 di uji. Hasilnya amat mengkagumkan. Percaya atau tidak, sekiranya berlaku gempa bumi, bangunan tertinggi inilah yang paling selamat untuk dijadikan tempat berlindung.



Siapa boleh beri Moral of The Story dari cerita ni ? ;)






Thursday, December 4, 2008

~ How sweet the life is ~


How sweet life is when I thought I’d never see another day.

How good the air tastes and feels when it gently flows my way.

How beautiful voices sound when they touch my ears.

How lovely are the flowers, it fills my eyes with tears.

Never will I take for granted the stones along my path.

Nor will I ever let my heart again be filled with wrath.

I will treasure every sunrise, and every star filled sky.



The beauty of a mighty storm will forever please my eye.

I will not waste time and complain of senseless things,

Instead I’ll stop to listen each time a bird sings.

To be given this chance to live and love once more,

Is the gift that takes me to my knees upon the floor.

Life has become so precious,

I welcome whatever comes my way

And until it’s time for me to go I’ll treasure every day!!

Thank you Allah for giving me what I have….