Kategori ini saya tulis untuk diri saya. Supaya saya dapat bayangan yang baik tentang konsep keluarga. Barangkali bagus juga jika anda baca.
Keluarga Asas terdiri daripada :
- suami
- isteri
- anak-anak
TANGGUNGJAWAB SUAMI
Rumahtangga yang aman damai itu terbina di antara gabungan kegagahan seorang lelaki dan kelembutan seorang wanita. Lelaki berusaha mencari nafkah sementara wanita menguruskan rumahtangga. Tentu tidak akan wujud sebuah rumahtangga yang bahagia jika suami sahaja yang gagah atau kelumbutan isteri semata-mata.
Syariat Islam telah memuliakan wanita dengan memberi satu jaminan bagi kehidupan mereka. Disebabkan fitrah dan peraturan hidup itulah maka suami berperanan memimpin isteri ke arah mencari keredhaan Allah swt.pada keseluruhannya, suamilah yang bertanggungjawab di atas segala masalah anak isterinya tetapi tidaklah sampai membiarkan mereka lalai daripada tanggungjawab dalam ibadah yang khusus (fardhu ain).
1. Menjadi pemimpin keluarga
2. Mengajarkan ahli keluarga ilmu-ilmu fardhu ain(wajib) iaitu tauhid, feqah dan tasauf.
3. Memberi makan, minum, pakaian dan tempat tinggal dari sumber dan usaha yang halal. Ingatlah para suami,kewajipan kita terhadap mereka ialah melayani dengan baik dalam hal di atas.
Sabda Rasulullah sawbermaksud:
“
Kewajipan seorang suami terhadap isterinya ialah suami harus memberi makanan kepadanya jika ia berpakaian dan tidak boleh memukul mukanya dan tidak boleh memperolok-olokkan dia dan juga tidak bolehmeninggalkannya kecuali dalam tempat tidur (ketika isterinya membangkang).” 4. Tidak menzalimi anak isteri iaitu dengan:
-memberi didikan agama secukupnya.
-Memberi nafkah zahir dan batin secukupnya
5. Hendaklah memberi nasihat jika isteri gemar mengumpat, berleter serta melakukan sesuatu yang bersalahan dengan perintah agama. Selalulah ceritakan gambaran-gambaran wanita yang diseksa di atasperbuatan yang sedemikian.
petikan dari :
http://www.geocities.com/demimasa1/ikmal7.html