Sunday, March 29, 2009

Amanda yang comel...




Mir Amanda Syarmiel
sangat comel..
sangat cute... she has a very strong love energy.
tenang je tgk amanda..
boleh addicted tgk si kecik nih.

sorry lah, tadi makcik ima kacau amanda tido..
huhu..tak sengaja dik.. geram sangat tgk hang..
cute sangaaaattt..

ari ni ramai yg pegang amanda.
brother G kata not good..
ye lah, cian amanda, muntah-muntah,asik bersin je dia tadi..
pas ni amanda jgn kuar umah lagi tau..
mama G kata, amanda kene kuarantin lagi 10 hari. :)

tadi dengar amanda bersin2..
hehe...comel.. muke cam 'org besar2 je bila bersin..'
haaai... bila kecik2 ni semua pun comeyyy...
amanda mesti sihat tau..
bgtau mama n papa nak minum susu apa tau..
boleh minum susu lembu ke susu soya dik..?

amanda .. u're very strong little girl..
tak byk songeh pun..
releks je..
kalau makcik ima leh jadi sereleks amanda kat beeessst.. hehe..

bila amanda bersembang, macam faham-faham je cakap kitorang
nak join the group ke?
:P

amanda..amanda..
malam ni makcik ima tak leh tido la terkenang kat hang..
bau susu masham muntah tadi dok terngiang-ngiang kat hidung
haha..

sayang amanda sgt2...
muahhh..muaah..


From :
-makcik ima yg tak keruan hari nih.. hahaha...-

Wednesday, March 25, 2009

TAGGED : 50 First Reaction

Ok. masa jalan-jalan kot blog effy..baca blog ille..n teruja plak nak main tag ni.Kalau ima tak silap, effy mmg dalam kategori AADC kan ? ille dah tagged effy laa...cepat buat. haha..coz m going to tag u after i finish this.

This is called 50 FIRST REACTIONS... type what comes to your mind FIRST whenever you hear these 50 words. Don't think and don't go back and change. Doesn't matter how random just type it! Repost it for all of your (bored) friends.


1. Beer: Hina. Air setan. Benci dengan orang yg minum beer.

2. Food: Lapar... :(

3. Relationships: m working on it..

4. Crush: lagu crush by david archuleta

5. Power Rangers: tak pernah tengok cite ni seumur hidup aku...

6. Life: ffuuuuuh... jauh perjalanan hidup ni. those who tough will only win.

7. The President: The president ? ntah ...( aku mmg xpeduli ape..presiden persatuan bola tampar? bola jaring ? atau presiden kelab matematik ? )

8. Yummy: Indulgence Cake - Secret Recipe.. oooh..nyummmmiiii...

9. Car: Lancer Merah. ( oooh..pahal ngan aku nih ?? )

10. Movie: Dragonball evolution

11. Halloween: suke tengok Martha Stewart buat decoration utk halloween.. :P

12. Sex: Lelaki ? Perempuan ? Penting ni kalau kat dalam Lab. Haha..

13. Religion: Islam

14. Hate: one person laa.. i dun wanna write the name here...

15. Fear: Buat marketing.. hahahahaha. i cant believe it. y lah ini yg terlintas.

16. Marriage: only 1 name in my mind & my heart

17. Blondes: ape bende tu ? blond rambut ke ? ntah..tak gheti aku

18. Slippers: slepar purple ada kat tangga tu..pakai bila nak angkat barang turun naik tangga.

19. Shoes: aku suka shopping kasut..

20. Asians: Pokok kelapa. ( hahahahahahahaha.. )

21. Past time: quite tough and rough..

22. One night stand: gile ke ??

23. My cell Phone: nyawaku....

24. Smoke: hm..bahaya..tapi tak kisah kalau nak rokok..asalkan bukan DUNHILL.

25. Fantasy: i love fantasy..

26. College: boring..terbayang KUTPM yang sgt sedih rupenye itu....

27. High school Life: best..best..best....

28. Pajamas: tak reti pakai.

29. Stars: Capricorn

30. Center: IQBC ( tempat belajar Reiki )

31. Alcohol: perfume..???

32. The word LOVE: i love to love and to be loved

33. Friends: they are my LIFE...

34. Money: Woooww!! shopping..

35. Heartache: sedih

36. Time: cepatnya masa sekarang berlalu..

37. Divorce: no good. sian kat anak-anak..

38. Dogs: ada yang comellllllll...rasa nak peluk2 jeeee...

39. Undies: errkkk...

40. Parents: tiada saya..kalau tiada mereka..

41. Babies: Amanda..( anak Master Hazil )...oooh.. i misss uuu amanda..

42. Ex: ramai

43. Song: Sejauh ini- Dina

44. Color: Red

45. Weddings: i want a very simple and islamic Wedding... ..400 dirham utk maskawin. haha.. byk mana tu ?

46. Pizza: Pizza Hut Mid Valley tgh buat renovation

47. Hangout: Best...lepak..maggi goreng...nescafe ais.

48. Rest: Tido

49. Goal: Duit bukan masalah lagi..

50. Inspiration: dari sejarah & ketabahan Nabi saw & keluarganya..


and, i'm tagging :

1. Effy... ( oit..u've been tagged 4 2nd time, rite ?? )
2. sesapa yang rajin nak buat..

baik atau buruk bukan persoalannya..

seburuk-buruk selut dan lumpur
ada hidupan di dalamnya
ada chi di dalamnya
ada pahala jika menghayatinya.

seburuk-buruk kodok
hatinya berzikir tiada hentinya
hina lagi manusia
yang mengumpat mengata.

secantik-cantik manusia
laluannya berliku jua..
sesaat jadi insan, sesaat lagi mungkin jadi setan.
sejauh mana ia berjalan
sejauh mana ia mencari
jika tahu hala tujunya..
insyaAllah
tentu nanti selamat.

itu perjalanan.
selagi belum mati..
selagi itu ada harapan.

nama baru blog

Ok. rasanya inilah yang paling tepat kot.

sebab nak kata saya ni suka tulis benda2 motivasi, tak jugak. tapi saya suka berkongsi laaa.. dan kadang2 saya cerita bab bisnes, life, reiki, personal, lagu, dan ntah ape ape kategori lagi.

memang macam rojak bila datang kat blog saya nih.

so.. tadi saya rasa ini lah tajuk yg sesuai utk blog saya.

WHATEVER CROSS IN MY MIND...

saya akan tulis kat blog.

hah. senang. sapa nak baca-baca lah..
sapa rasa pening, jgn tak baca..kene baca.. tapi lepas tu pegi lah cari panadol.

haha.

SALAM ROJAK.

Jual Kotak

Minggu lepas saya buat 'permbersihan ofis'. wooowww ! memang mengkagumkan. ofis tu menyimpan segala khazanah. bil, resit, invois, kertas-kertas hadir kursus, segala macam borang MLM, sejak tahun 1999 lagi.. giler laah! kalau saya jadi ofis tu, memang terbeban jugak rasanya. coz terlalu banyak nak disimpan.

yang kelakarnye, masa select2 kertas tu..rasa tak habis-habis. lagi dibuang lagi banyak yang nak kene select.

kertas2 yang dah tak guna, asingkan masuk dalam kotak untuk jual kat kedai recycle.

ada 2 jenis kertas perlu diasingkan. kertas putih, kertas berwarna dan kertas surat khabar. 3 kategori ni mesti di asingkan kalau nak dapat duit banyak masa jual lah..sebab lain-lain harga.

kotak-kotak pun banyak jugak di buang.

semalam, first round saya jual segala kotak + kertas tu penuh 1 kete. Bila ditimbang totalnya 180kg.!! berapa hengget dapat ? RM 21.80.

haha..sikit je kan.. tapi..sape nak kasi duit banyak tu kalau malas buat keje kan ????

2nd round, saya jual majalah2 dan kertas. total berat 140kg lebih kurang. berapa hengget dapat ? RM 13.60.

So, hasil jualan saya setelah bekerja keras memilih, mengumpul, dan menghantar kotak ke kedai recycle tak sampai RM 50 pun sehari !!!

Masa ni saya tersedar, inilah HARGA AKAL. Orang yang berakal dan ada bakat, kalau kena gaya boleh dapat RM 50/ jam. Sedangkan, keje-keje menjual kotak ni, habis masa sehari suntuk baru dapat RM 50.


Soalnya ialah pilihan.

  • Kita pilih nak guna akal + kerja = dapat duit banyak
atau
  • kita pilih nak kerja keras - akal = dapat duit sikit ?

Fikir-fikir lah..
Apa pun, saya tetap MENGHARGAI DAN MENGHORMATI orang yang kurang bijak orangnya, tetapi tetap BERUSAHA UNTUK CARI REZEKI berbanding orang berakal tapi tak mahu bekerja cari rezeki.


Moral of the story :
1. Kalau ada kertas2 terpakai, hantar kat saya kalau tak nak jual kat recycle bin. saya rela buat keje tu...
2. Selamatkan alam sekitar. Recycle lah...
3. Belajar lah tinggi-tinggi, Gunakan akal untuk terus hidup.
4. Hormati lah siapa saja yang bekerja untuk cari rezeki halal

Friday, March 20, 2009

Kegawatan Ekonomi Dunia

saya tak belajar ekonomi masa sekolah dulu.
tapi keluarga saya keluarga bisnes.
sekarang saya pulak berada dalam line bisnes.

orang cakap2 sekarang ni tengah gawat.
ekonomi tgh gawat.

dulu tahun 1997 gawat jugak..( kalau tk silap )
saya tak berapa faham sebenarnye apa yang berlaku ketika gawat nih ??

yg saya perhatikan, bila ekonomi gawat :

1. banyak kilang tutup, ramai hilang pekerjaan.

2. byk tempat keje dah mula cut cos.. waktu kerja dipendekkan, belanja, elaun, bonus semua dikurang-kurang / tak bagi langsung

3. bisenes jatuh. bisnes produk kesihatan jatuh ( tapi bisnes Jus Mate 5 meletuppp ! ), bisnes kereta pun jatuh..

4. bisnes makan ? em.. boleh la..tapi ada jugak saya dgr ada yg dah tutup kedai, sebab pelanggan dah berkurang.. ( masing2 bajet..)

5. bisnes runcit pun kureng jugak.. tapi kedai runcit jual barang asas.. boleh la tahan lagi..

6. kemampuan membeli org berkurang

7. banyak kerja kosong jadi pencuri. Tekanan wang byk sgt kot.. byk rumah kene rompak.

8. Duit USD jatuh, Duit Pound jatuh.. hissh.. bila la duit DINAR IRAQ nak naik nih..

9. org sumer jimat2 belanja, beli barang murah2 je.. maka barang terpakai mmg ramai la peminatnya. sila ke blog DUNIA LELONG saya yeerrr... :)

10. Ramai orang stress..byk tekanan itu dan ini... sakit jiwa.. sakit segala sakit.. aaiiyyaaa..



Siapa2 yg buntu nak cari pendapatan, sila lah BUAT DUIT DGN FOREX ! meh belajar kat ofis saya.. ramai dah berjaya buat duit dari USD300, sekarang dah ribu-ribu USD. http://www.aladdinfx.com/

Siapa boleh cerita kat saya, camana ekonomi leh tetibe gawat ni ? musykil lah..saya betul2 kurang faham.

Thursday, March 19, 2009

Lelong

Perabot terpakai ! <-- Hits !!
Handbag
Beg lelaki
Beg perempuan
Buku motivasi
Novel
Perhiasan Rumah/ Pejabat
dan lain-lain.

LELONG ! LELONG ! LELONG !

Wednesday, March 18, 2009

with full of love

dan masa berlalu
meninggalkan aku yg dulu..
dan masa mendatang..
menanti aku yg baru


with love
ima

Tuesday, March 17, 2009

- new look - more fun -

OK ! some of urs will scream.. " haaaa ? tukar theme lagi ??'
haha 1
:)
warna coklat dan gambar kopi yg dulu tu sgt tdk menaikkan mood
i love yellow..
dan theme ni sgt menceriakan mata sesapa yg memandang..( i hope )
kalau content hampeh ..tak gune jugak, kan ?
haha 2
WELCOME TO A NEW ME !
tajuk blog ni akan berubah..tgh duk pikir ape yg seswai.
wat do u think ?
any idea ?
haha 3
:)

Monday, March 16, 2009

dulu dan dunia baru

dulu, zaman kejatuhan berlalu. dan trauma dengan segalanya itu.. dengan seluruh kepayahan tak mudah untuk bangkit dari kejatuhan yang mendalam. bertemu dunia baru. beri cahaya..beri lilin dalam diri..sedikit demi sedikit, sinarnya menyinari.

hari ini, zaman kejatuhan berlaku lagi. dalam dunia baru tempat ku bernaung. panasnya lilin bakar diri, bukan cahaya lagi.bukan salahnya si dunia itu,tapi diri yang berubah dan penghuninya bersilih ganti.

entah bila, entah dimana kan ditemui dunia baru lagi. masihkah ada cahaya ? masihkah ada reiki untuk pengalah ?

Bahagia mereka , bahagia diriku..

insyaAllah...
moga yg terbaik utk kalian..

Sunday, March 15, 2009

Silaturrahim

Siapa gerangan yang beruntung bisa mengadakan silaturahim pada hari akhirat berserta seluruh keluarganya ?

Dalam surah Al-Ra'd disebutkan bahawa salah satu tanda orang beruntung nanti di akhirat ialah orang yang di dunianya senang menyambung silaturrahim.

"Dan orang -orang yang menghubungkan apa-apa yang Allah perintahkan supaya dihubungkan." ( QS Al -Ra'd 21 ).

Kerana di dunia mereka senang menyambungkan silaturrahim, maka Allah sambungkan tali kekeluargaan mereka nanti pada hari akhirat.

Ya Allah, hubungkan diri ku dengan diriku..
hubungkan daku dengan CintaKu dan CintaMu
hubungkan daku dengan kekasihKu dan kekasihMu
aku amat mencintai silaturrahim.

Friday, March 13, 2009

Cari Cikgu Zakaria SKS 1

Saya bekas pelajar Sekolah Kebangsaan Sentul ( 1 ), Batch 1997.
Saya sedang mencari Cikgu Zakaria - guru kelas 4 Mawar 1995 dan guru kelas 5 Mawar 1996. Nama penuh beliau Zakaria bin Mat Salleh. Dia mengajar Matematik dan beberapa subjek yang lain. Cikgu Zakaria ni asal dari Rembau, Kg Mambau. ( Entah wujud ke tidak nama kg tu..hehe )

Saya dapat tau dulu cikgu zakaria selepas mengajar SKS, beliau mengajar di Ipoh, dan baru-baru ini kawan saya kata, dia pernah cam ternampak muka Cikgu Zakaria kat Seremban.

Saya betul-betul nak jumpa Cikgu Zakaria. Walaupun dia sangat garang dulu..dan saya selalu kene rotan ngan dia, tapi saya tak pernah lupa Cikgu Zakaria.

Saya ada gambarnya. Nanti saya uploadkan.

Siapa yang cam kenal Cikgu Zakaria, tolong contact saya. TQ.

Thursday, March 12, 2009

Jika anda ISLAM, sila lihat Video ini

FENOMENA AZAN - non stop 24 hours


Klik AZAN

Turn off, turn on..turn to the left..

Turn off..

turn off..

no more

enuf..

stop.

plis..no more..

tired..

ooh..

aahh..

tensen..

teeeettt....

fahamkah kalian ?

turn left..and...

(to the left..to the left...)lagu background mimpi ku...

to the left..

.

hoi ima, ngigau ke ?

Tuesday, March 10, 2009

FIKIRKAN B.O.L.E.H

Jika kau fikirkan kau boleh, kau hampir boleh melakukan,
Jika kau fikirkan ragu-ragu, usahamu tidak menentu,
Jika kau fikirkan kekalahan, kau hampiri kegagalan,
Jika kau fikirkan kemenangan, kau hampiri kejayaan,
Engkaulah apa yang kau fikirkan, terkandung dalam pemikiran,
Berfikir boleh melakukan, fikirkan boleh,
Percaya apa kau lakukan, tabah apa kau usahakan,
Bertindak atas kemampuan, kau boleh………..



Friday, March 6, 2009

918 Tinggal Kenangan




Dedikasi untuk Amy, Effy, Eni ,Farah,n Ros..


9-18

Langsir tu, ima rasa kalau dibasuh, mmg air die HITAM sehitam-hitamnya.

Dapur ni menjadi saksi Ikan bilis kicap Nyai, Nasi Goreng Gunung Berapi, Ayam Masak Lemak Cili Api Pekat, dan segala parti-parti a.k.a aktiviti MEMONDOK kita setiap malam..Hahaha

Bilik Farah & Effy..Hanya bilik ni tak pernah bertukar-tukar penghuninya..

Ima tak ambil gambar2 lain sebab bilik ima ada org, bilik amy pun ada org..so..ni je yg sempat captured. Nanti ima suh Ros amekkan pic.


Minggu depan Ros kuar dari 918. Bermakna tinggallah segala kenangan manis kita kat 918. Sedih tak..? ari rabu 4/3/09 ari tu, ima lepak 918. Sembang2 ngan ros..


Ima cakap ngan ros.. ima rindu rumah ni.. rindu bau rumah ni..rindu angin rumah ni.. rindu bunyi mamak DE ketuk kuali.. rindu bau softener..Walaupun rumah ni bersepah2 ke..panas ya Rabbi ke..tapi 918 tak dinafikan SANGAT MENENANGKAN JIWA !



Ros cakap, " betul ima..setuju..rumah ni rasa aman sangat.."Bila ros kuar nanti, tak dapat lah kita nak masuk 918 lagi.


Ima rasa kan, sebenarnya..bukan kita yang rindu 918, tapi 918 yang RINDUKAN kita. Sebab kita lah yg jaga umah ni bebaik..



Alkisahnya ari tu...:


1. Ima sampai kat lif bawah. Ishhh..lif ni rosak ke tidak ni ? sebab button dia dah tak berlampu n dah tak de tempat nak tekan ape2..



2. Lif kiri terbukak ( lif besar ), Ya Allah ! Tak ada lampu !!! Mmg perdana tak berubah2..


3. Nak tekan tingkat 8 pun tak de button ! So terpaksa la wat gaya tradisional nye tekan..cocok kat tepi tepi button tu.


4. Lif berenti kat tingkat 7, ima tinggal sensorang dalam lif yg gelap. Pastu tak naik2 tingkat 8. Ah ssudaaah !


5. Terpaksa ima bukak balik pintu lif, kuar tingkat 7. Naik tangga 1 tingkat


6. Ya Ampun !!! Tangga tu busuk nya... 10 X lagi hancing berbanding kita duduk dulu.


.
.

Ohhh Perdana Apartment ! 10 tahun lagi belum tentu ko berubah rupa !Hahahahahaha!!

:)

Thursday, March 5, 2009

Selepas berkabung..

Selepas berkabung selama 2 minggu... hari ini saya bangkit !
kenapa berkabung ? sebab saya kematian semangat. Hahaha.

Teruk saya beberapa minggu kebelakangan ni, puas saya menahan dan cuba mengatasinya sendirian. Hari ini, saya kembali bermaya. Walaupun masih ada baki yg tersisa, saya harap saya dapat melalui perjalanan hari-hari mendatang dgn baik.

Bukan mudah untuk menghasilkan momentum. Untuk memulakan momentum, perlu ada daya tujahan yang besar. Apabila sudah berada dalam momentum, insyaAllah, kesibukan bekerja dan mengejar impian akan menjadi perkara kecil.

Cukuplah 2 minggu sebagai pengajaran. saya sudah melalui fasa getir dan payah itu. Saya berharap pada sokongan kawan-kawan, effi, farah, ros, amy...tanpa kalian, saya pasti jatuh terus terbenam dalam kerak bumi.

Terima kasih semua.
i love u all

Monday, March 2, 2009

iklan lah..

dulu-dulu.. selalu sembang ngan busu.

Busu : Apa masalah ko skarang .?
Aku : nak kawen...tapi busu tolong carikan laaa
Busu : apa susah ? gi wat iklan lah.. siapa nak kawen ngan aku ? ciri-ciri ? bla bla blaaa...
Aku : Hah ? !! Hahahhaa...
Busu : Betul, kita ni produk. kalau nak orang datang kene iklan lah..
Aku : Hahhaha.. gelak lagi.

Ntah kenapa, tetibe hari ni teringat conversation ni...
hahahhaha

Sunday, March 1, 2009

A warm Heart for Gaza


Saya baru pulang dari program anjuran Tadika Genius Aulad. Satu forum diadakan bersama ibu bapa tentang MuslimPreneur, " from boycotting to Branding". Turut menjadi ahli Panel, ialah Mr Munir dari PPIM, En Ishak dari Biomil, Tn Hj Burhanudin ( Upin & Ipin ) dan Pn Mona ( Leesa Formula ).


Perjalanan Mengenal Diri

alhamdulillah.

alhamdulillah..

alhamdulillah..

setiap di keliling adalah bukti cintaNya.
menghayati cintaNya
seperti mencintai Dia
mencintai Dia mula dengan mencintai diri.
untuk mencintai diri, kenali diri.