Thursday, April 30, 2009

utk amy tersayang...

kenangan masa kat Melaka.. ape yg menarik ?? eemm... masihkah kau ingat amy ?


nurul :" aaakkkaaakk...nurul dihasut syaitaaaan... ".. hahah.. hanya sebab makan roti canai 2 keping ! wakakaka...

Bukit Tinggi..amoi2 jepun sesat..

amy lah perempuan melayu terakhir yg paling sopan ima pernah jumpe


Genting Highland.. Bazli & Najib.. korang mmg cool..

Excited betul kite kan... ? hahaha..tengok lah muke masing2..sungguh keanak-anakan..

amy & eni.. ( friendship forever )

Tetibe ima baru perasan, kenapa effy dalam gambar tu cam gelap je ah ??? camane sekarang dia leh jadi putih lak ??? hahaha....

blink ..blink..blink..


Fakta 1 : Sekarang ekonomi tgh gawat
Fakta 2 : org baru gaji ..

Tadi, saya ke Carefour utk hantar barang.. ketika saya menuruni escalator, saya terdengar perbualan antara ibu dan anak yg sedang memegang troli berisi barang keperluan rumah. Gaya-gayanya mereka ni dalam golongan berduit jugak. Mungkin sebab dah dapat gaji, so...troli tu menggunung lah jugak..

Ibu : sekarang ni bukan senang nak cari duit.. nak perabis duit...mana-mana zaman pun senang
Anak : Angguk
Ibu : cuba u teka berapa total barang2 kita beli ni ? ( sambil tunjuk brg dalam troli )
Anak : ( Meneka ) saya tak berapa dengar berapa anggaran si anak.
Ibu : heh ( si ibu sinis ), ari ni kita shopping RM 500 tau..

sambung si ibu lagi..
' pilih, pilih, pilih, ambil ambil ambil.. dah RM 500. baru barang rumah. Belum yang lain lagi.
Blink one..blink 2 another 500 , blink 3..blink 4... RM 2000 finish already.. '

Ha... itu lah..
duk kat KL ni, mmg banyak betul tanggungan. Ada org kata kat saya, kalau hidup berfamili di KL gaji 3000-4000 tak payahla nak berlagak kaya...

Dalam hati saya , betul jugak kan.. 4 kali blink dah habis 2000. aiyoyo...

:)


p/s : doalah agar dimurahkan rezeki, dan diberi pertolongan oleh Allah swt. Kalau Allah menolong kamu, maka tidak ada orang yg dapat mengalahkan kamu.. Oleh itu, hendaklah kepada Allah sahaja org2 mukmin bertawakal.

Tuesday, April 28, 2009

Pulut Ayam



First time gi Perlis makan pulut ayam. hahahaha...

Gelihati tgk benda tu..

Dedication to Effy my dear..

ima beli tisu kat dalam Pasaraya Hafifah ni.. masa bayar, mata ima meliar tengok barang yg ada kat kaunter bayaran.

Ada sachet kopi red guara...
mentos
gula-gula..
.
.
( entah ape2 lagi makanan yg ima nampak..dah lupe..)
.
tiba-tiba..
nampak botol kecik2 kat dalam 1 kotak.. ( bentuk botol tu macam 1 drop perfume nye botol )


ima tanya kat cashier tu..
" dik, amende kat dalam botol tu ?"

cashier jawab ..
"UBAT KUTU KUCING ~! "

dalam hati ima.. kekekekeke.. hahahaha.. wakakakaka.. gelinye hati ima..

tak penah gi pasaraya, kat kaunter paling depan, ada ubat kutu kucing.
Maknanya, ubat kutu kucing mmg dikehendaki kat Perlis.

Hehehe...

Promosi Biomil- Perlis

PASARAYA HAFIFAH -Plaza Kangar, Perlis
Tarikh : 23-26 April 2009


Plaza Kangar di rasmi oleh Dato' Noh Hj Omar

Pertandingan Gubahan Hantaran

Pasaraya Hafifah dalam Plaza Kangar

Susu Biomil telah berada di semua cawangan Pasaraya Hafifah

Majlis Perasmian Pasaraya Hafifah


Sempat berkenalan dgn En Rashid - Pakcik Pn Norzi.. layanan org Perlis memang tip top ! Mesra.. dia bagitau saya rahsia 1 shopping complex kat KL yg saya pun tak tau selama ni !!

Pn Norzi sedang promote Susu Biomil pada pelanggan Cina yang datang ke Pasaraya Hafifah

Publisiti.. Susu Biomil kepada YB..

OTW to Kangar..hari2 ulang alik dari Yan ke Kangar..

Pertandingan Bayi Comel...

Last Day di Perlis... cepat la baliiiiikkk....~

Rakan se niaga. Bibik Wati dari Jawa Timur : terkejut dengar bhs Indon slang Perlis..
Nabil : 'tauke' Butik. ambil Master di Univ Perlis

RFC : Radix Fried Chicken di Alor Star
Hasrat nak makan RFC tak kesampaian..sebab kedai belum bukak. sampai awal pagi sangat..


27 April 2009.
Berakhir sudah..perjalanan...~
K.Lumpur -Butterworth - Yan - Kangar- Jitra - Alor Star - Kuala Lumpur

a journey always bring me memories..

Wednesday, April 22, 2009

18Januari1985 = 26 RabiulAkhir 1405



Hari ni hari Rabu

= 22 April 2009
= 26 Rabiul Akhir 1430


Syukur alhamdulillah atas umur yang diberi..
Nafas, tubuh, udara, dan agama..rezeki terAgung dariNya
Moga Allah terus memurahkan rezeki saya..
Moga saya terus beribadah kepadaNya.

Ameen.

Tuesday, April 21, 2009

Weekends yg penuh..

i am happy.. yes ! dats for sure.

-siapa yg tak nak buang masa, JANGAN BACA ! )-

sebab hujung minggu saya terisi .. ( saya tengah cari jalan camana nak penuhkan lagi weekdays saya )

Sabtu & Ahad Bulan April
4-5hb : Reiki Centre, Shah Alam
11-12hb : Smart Kids Exhibition , PWTC
18-19hb : Ipoh
25-26hb : Perlis ( Promosi Susu Biomil )

Sabtu & Ahad Bulan Mei
2hb : Family Day Shukur.org & Makan Malam Amal ( A.Samad Said & Teater )
3hb : Seremban, Kenduri Mofaz
9-10hb : Langkawi, Reiki Retreat & Recharge
16hb : Program Pemeriksaan Salur Darah, Serdang
17hb - end of May ( FREE ) Yeayy ~


Saya suka jadi orang sibuk ( busy)
Pak Riduan (Buyer Radja Karet Indonesia) kata pada saya,
" ORANG YANG BERJAYA IALAH ORANG YANG SIBUK "

;)

lelaki gedik

First of all.. - aku benci lelaki gedik
Second of all - aku benci lelaki merajuk atas sebab bodoh
Third of all - aku benci lelaki emosional yang menggelikan.

Gedik.

Lelaki mesti strong. mesti kuat fizikal .. tapi yg lebih penting ialah KUAT Mental, Emosi dan Spiritual. Aku ada sorang kawan ni...yg aaagggh...menyakitkan kepala. Nak je aku ceraikan dia dari jadi kawan aku. Emosi betul. Semua orang pun tahu dia emosi. dan tak dapat dikawal kedegilannya. Memang kesian lah kat die... Camtu pun ada gf jugak. camna lah gf dia ni leh bertahan ? aku musykil betul lah~

OK.
Lama dah aku buat pemerhatian ni.. selama aku idup..aku jumpe macam2 jenis lelaki..yg mcm2 rupe dan perangai.

Ada 1 kesimpulan yg aku buat :
Lelaki Gemuk Mudah Sensitif Tak bertempat.

Bukan nye aku ni memilih rupa / bentuk badan utk jadikan kawan.. tapi kalau dah emosional + gedik + menggelikan ...aku rasa rimas dan meluat. So, aku rasa tak salah kalau orang lain tak berape bekenan dgn die, sebab perangai dia yg buat orang lain tak selesa.

Moral of the story utk korang ambil ialah :
Jangan jadi gemuk !

Lu fikirlah sendiri...

Monday, April 20, 2009

Anti Panadol


Sejak kecil saya dibesarkan dengan perubatan homeopati. Jadi sehingga hari ini, seboleh boleh mungkin saya tidak akan ambil panadol jika saya pening atau demam.

Saya anti panadol.
Adakah anda juga begitu ??

:)

Sebagai ALternatif PANadol, saya makan ALPAN
Saya bebas dadah. Anda bila lagi ?
Bertukarlah dengan Perubatan Alternatif



Friday, April 17, 2009

Trauma

Sejak lahir sampai umur anda sekarang, cuba senaraikan berapa byk trauma yg anda sedang hadapi ?

Trauma tu camana ?
Trauma fizikal - kene pukul, kene sepak, kene pelempang
Trauma emosi - dikutuk, dimarah, disabotaj, di pulau
Trauma mental - diperbodoh

Cuba ingat balik, anda paling banyak berada dalam trauma apa ?

Apa pun bentuk trauma yang bermain di minda anda sekarang, SEMUANYA PERLU DI BUANG. Kerana ianya menghalang kejayaan anda dan menyusahkan orang lain berinteraksi dengan anda hari ini.

Macam mana nak buang trauma ?

Open folder : OTAK -> MEMORY -> TRAUMA

Klik DELETE
.
.
TRAUMA SUCCESFULLY DELETED !

Hah !? Kalau lah semudah itu kan ?

Ada banyak cara untuk delete trauma. Antaranya, Reiki, Resq56, ResqHu, Mind Power, ESQ, EFT dan lain-lain.

Percayalah. Melalui kaedah yang saya sebut tadi, trauma yg bermain di minda anda sekarang dapat dihapus secara perlahan-lahan. Namun, tidak mustahil ia akan hilang serta merta. !Saya sudah mencubanya. Dan saya berjaya buang semua trauma yang tak guna dan menghalang kejayaan saya akan datang.


Selamat Delete Trauma !

Rules basic bila duduk rumah sewa

  1. buang sampah - jgn sampai dah busuk,bau basi 1 rumah, baru nak buang. jadual tugas memang ada terpampang kat dinding, tapi selalunye tak pernah ikut..ish ish..tak patut.
  2. sape makan basuh pinggan sendiri - bukan letak atas meja / sorok bawah almari / letak celah TV. gi basuh la ! basuh pinggan sekeping, cawan sebijik, jgn lah sampai banjir pulak lantai dapur
  3. sidai baju - eh hello..org lain pun nak basuh baju jugak.. agak-agak la kalau nak mendobi pun, jgn sampai org lain tak cukup space nak sidai.
  4. sidai baju ( kain turun warna ) - yg kain turun warna (basah) tu, jauh2kanla dari kain baju org. Karang berjangkit pulak warnenye.. dah rosak baju orang beli beratus-ratus. sape nak tanggung ??
  5. bukak TV @ Radio kuat-kuat - hoi ! xde telinga ke ? ingat2lah orang lain, nak berehat, nak senyap sikit, ada yg nak studi, nak bergayut kat tepon, nak meditate.. timbang rase lah sikit..
  6. .
  7. .( sila isi tempat kosong )

Sebenarnye, banyak rules yang kene patuhi bila duduk ramai-ramai ni. Tak kira lah dengan kawan-kawan, sedara mara atau family sendiri. Bukan apa.. ringan sama dijinjing, berat sama dipikul.

Utk kebahagiaan dan keselesaan bersama jugak.

Jgn sebab kite, org lain sakit hati..langsung jadi stress..bila stress - sakit. Kita jugak yg berdosa.

First time gi interwiew.. haha :)

Baru-baru ni, aku pergi interview MARA. Seminggu sebelum itu saya dapat panggilan dari MARA, katanya aku dipanggil untuk hadir ke interview utk kelayakan ke menghadiri kursus. Flashback balik, oh ya ! Hari tu aku ada isi borang utk pergi kursus Pengusaha Spa & Kursus Healthcare dan Beauty. Aku diberitahu untuk bawak gambar, salinan IC dan salinan sijil.

ok. tunggu lah hari interview..

Hari interview tiba.., Aku sampai pukul 8.30pg. Sebab org tu kata interview start 8.30pg. Pergh..semangatla aku. Tengok-tengok, sape pun tak de lagi. Hampeh betul. aku tercari-cari tulisan interview. Hah ! Ada pun ! TEMUDUGA PERUNCITAN ! Haaahh ??? ~~ Ape tuh ?aku kira itu zaman dulu-dulu punye sign la kot.. bukan hari ni.

Pukul 9 baru start. Kene beratur ambil borang dulu.. lepas tu isi borang.. Lepas tu bersedia untuk jawab soalan bertulis yang tempatnya terletak tersorok kat belakang stage. Ohya.. Dalam masa yang sama, kat stage tu ada tulis Expo Peruncitan. Jadi, ada dalam 30 booth dibuka. Rupa-rupanya, booth tu dibuka sempena Expo Peruncitan. Dan cara MARA nak tarik crowd ialah dengan buat temuduga ni. Kiranya, yang datang tengok booth2 tu, cuma lah 300 orang yang terdiri dari muka2 yg nak interview je. Mana lah kitorang ( calon temuduga) ni nak ambil hal sangat.. siap ada talk lagi tu.. pelik betul ! camana leh buat serentak ??

Panggil lah student ipta ke.. ape ke.. sengal betul lah.

Bila aku masuk ke bilik temuduga, soalan yang ditanya ialah ," so, cik dah pilih ke siapa mentor nya ? " HAHHH ?!~ " err..kene pilih mentor ke encik ? " tanya aku yang lurus bendul nih. Ye lah, setahu aku ni interview utk hadir kursus. Last-last aku punye sesi temuduga tu, jadi sesi bersembang.. sambil aku perkenalkan susu biomil kat dia. Haha ! memang naya lah aku nih !

Dalam hati aku, sengal betul ! Bila masa pulak aku ni apply utk join mentor -mentee mara nih ? Musykil betul. Memang out of topic betul lah. aku cakap terus terang, aku nak extent bisnes aku dan besarkan spa ( sebenarnya..byk lagi dalam kepala aku..tapi tgk encik tu tak bersedia pun ), jadi aku nak ikuti apa-apa kursus yang dianjurkan MARA.

Encik tu cakap " cik Fatimah dah ada pengalaman dalam bisnes lama dah, lagipun dah buat macam2.. betul ke nak ikuti kursus ni? saya rasa tak perlu, sebab nanti cik boring pulak dalam kursus". wakakakaka... nampak sangat kursus dia sangat membosankan. Ape lah..

" encik, saya isi borang sebab betul-betul nak ikuti kursus dan nak sijil, bukan utk join mentor mentee ni. sebab tak ada mentor kat sini yang selari dengan impian saya". Haha... aku memang NAYA. Laju je aku merepek, tak kene tempat. lantak lah..bukan belagak pandai, dari aku terjerumus ke dalam bidang yg aku tak nak, lebih baik aku tarik brek cepat2.

Habis je interview, aku terus call mak aku. Takde bagi salam-salam nye.. terus gelak. " hahahahahahahhaaha ~ hahahahaha~ kelakar betul lah interview ni"

Samada aku yang sewel tak reti beretika masa temuduga
atau
mmg ini lah yg patut aku buat
atau
aku tersalah isi borang dulu

aku tak tau.


Wednesday, April 15, 2009

Effy tak ada pic ni... :)

Kenangan... effy.. ingat tak, betapa bersusah payahnye kite packing Radja Karet ni.. hehe..

dan betapa sengalnye ima, tak tulis alamat b4 buat kotak..kan dah kene tulis memondok-mondok. hahaha~


effy pun boleh muat kat dlm kotak tu, kan ?

Radja Karet......

Smart Kids Expo , PWTC



Program
: Smart Kids Exhibition 2009
Tempat : PWTC
Tarikh : 10-12 April 2009
Tenaga Kerja : Special thanks to :> Pn Robbaniah, En Ali, En Ishak,En Abu Hassan, En Driver Lori, Fatimah, Sri Elvina, Rosalina..



9 April 09, Setup booth.. first time saya bekerja kat loading bay,sekali dengan lori-lori besar company lain. Yang paling best, ialah pengalaman naik LIF BARANG kat PWTC. Pergghh.besar sgt lifnye..dan sangat horror.. button lif kene tekan ( cth tingkat 3 ) kene tekan, sampai pintu lif betul2 tertutup rapat.
Kerja2 menyusun Susu Biomil dibuat bersama-sama..

10April09 - Hari Pertama..

100 org Cina, baru jumpe 1 orang Melayu..


"dik..nak rasa susu biomil...nanti kakak tuangkan.."-K.Seri

Poyo je amik pic ni..isi masa lapang..sebab tak de orang lalu pun lorong kitorang..sakit ati..

11April09 - Hari Kedua...

Geram sangat tengok lembu tu..comeeeeelll.....


Cube kire, berapa kali kepala maskot ni lagi besar dari kepala kak Seri ??


First time, jumpe maskot ikan. Huh!~ tak sangka ikan boleh berjalan.. haha..

13April09 - Hari Ketiga @ Last Day...
Kami tetap cool..walaupun sale.... hmm.~



Sebelum kemas balik..cepat2 gi posing kat reban AyamA1 ni..comel sangat..hehe..

Oh..~ "ima..ros pun nak posing jugaaakk.."

Kat kotak Biomil pun ko nak posing ros.. haaaii..dasar gile glemer tul.. haha.. :P
( sebenarnya, ima yg suh ros posing. hehe )


Dan berakhirlah pameran smart kids tahun 2009 ni.. mmg tahun2 depan..CONFIRM! takkan join lagi..( kind of..tobat daaahh..~)

Apapun, Terima kasih kepada pengunjung yg singgah booth Biomil, support dari anda amat amat kami hargai...

Kepada Ahli Kelab Si Manja Biomil, nantikan program menarik utk anak-anak anda... ~

Monday, April 13, 2009

anak saya tak minum susu lah..



Tempat : Booth Biomil di Smart Kids Exhibition

Tarikh : 11 April 09
Peristiwa : ketika saya pelawa pengunjung rasa Susu Biomil


siapa saja yang lalu depan booth, saya akan pelawa untuk rasa Susu Biomil.. Terutama kanak-kanak. Si ibu dan ayah pula akan tengok je anak minum, biasanya. Atau mungkin akan tanya " org tua boleh minum ke susu ni dik ?"..

alah.. kalau budak boleh minum, org tua kompem kompem lah boleh minum. ape lah ..

ada 1 famili lalu depan booth saya. anaknya seorang saja. saya pun pelawa lah.. " dik..rasa susu biomil.." dan menghulurkan susu kepada si kecil.

tahu tak..
si ibu cakap dengan saya.." anak saya tak minum susu la diik...."

Padahal, anak dia berhenti kat saya..dan dah minum 3 cawan kecil susu dengan selamba nya..

Dalam hati saya, ' penipu sungguh makcik nih..!'

ibu,"nak beli buku tu.."

Sepanjang 10-12hb April saya berada di Smart Kids Exhibition, PWTC. Booth di sebelah saya ialah booth Saba Islamic Media( SIM). Buku-buku yg dijual di situ ialah buku kanak-kanak mengenai Allah, membentuk moral Islam, dan pelbagai VCD yg islamic.
Senang hati saya melihat, ramai juga Melayu Islam kita yg singgah di booth tersebut untuk membelek2 & membeli buku yg ada di Saba Islamic Media.

Ceritanya :
Ketika sedang asyik melihat telatah pengunjung, ada sebuah keluarga yang lalu depan booth S.I.M. Si anak lelaki begitu tertarik dengan buku yang ada disitu. Di belek-belek lama..dan sangat berminat..dalam hatinya barangkali terdetik begini " wah.. bestnya buku ni.. nak baca kat rumah lah ".

Tidak lama kemudian, si ibu mengajak anaknya keluar dari booth SIM. Si anak cepat-cepat menyatakan hasrat di hati " ibu..nak beli buku tu... best bu...".. rayu si anak dgn harapan memiliki.

Apa yg si ibu jawab ??

" Alaaa.. tak payah la beli. Beli buku pun bukan abang nak baca..." tegah si ibu.

Terpaku saya seketika ketika mencuri dengar kata si ibu tadi. Aduhai ... kenapa keinginan membaca anak disekat ?? Dengan alasan yang tidak membina( pada fikiran saya ).

Anak hendak membaca buku. Amalan membaca perlu dibaja. Lebih-lebih lagi pada anak lelaki. Maklumlah budak lelaki ni malas sikit nak baca buku.. :) Pada saya, jika betullah si anak itu tidak membaca buku yg pernah dibeli dulu, itu bukan salah anak ! Tapi salah ibu @ keluarganya yang tidak memastikan buku itu dibaca.

Sepatutnya, amalan membaca harus dijadikan aktiviti sosial dalam sebuah keluarga. Sebaik pulang dari Kedai Buku, Pesta Buku atau seumpamanya, ibu bapa WAJIB memastikan anak-anak baca buku yang di beli, dan kemudian tanya si anak apakah kandungan cerita buku yg dibeli.

Barulah kes seperti si ibu yg saya cerita di atas tidak berlaku.. dan lebih banyak ilmu yg dapat ditimba oleh si anak.

Barangkali, pendapat saya ini dipersetujui oleh Amar Mahmood :)



Banyak lagi cerita cerinti Smart Kids ingin saya kongsi...
Jumpa lagi.

Monday, April 6, 2009

another quiz... " haiwan yg patut dibela ? "

n i took another quiz.. " haiwan yg patut korang bela".. this is so fun..and funny.. adoii..


oh.. i cant believe dis..
facebook quiz alwez true..
hahahah...


and the result is..















buaya
ni org yg tertentu je boleh bela menatang ni..cume 'buaya' je yg phm ngn buaya..dasar buaya darat!! kalo da buaya tu mmg nak bela buaya gak..haih~

hahahahaha.. mmg sengal tahap hypersengal dah ni..
effy.. ima bela buaya ?? hahahaaha.. u know who , aren't u ?


Transformers -> ???

Baru kejap tadi buat kuiz kat facebook. Kuiz Kendereaan Transformers anda. And ..below is my RESULT... ggrrrrrr....!!



















.

LORI SAMPAH
Anda sememangnya kuat, dan bersuara lantang (hon kuat, dan hidraulik kompressor blakang bising) tetapi kelajuan dan penampilan(especially bau) bukanlah kekuatan anda. Sanggup melakukan 'dirty works' sematia-mata utk mencapai objektif anda. Walaubgmanapun anda disukai ramai walaupun mereka tahu kelemahan anda!


oH TIDAkkkk !!!!!!!
aku mmg suke dgn lori..dan sangat teringin bawak lori.
tapi BUKAN LORI SAMPAH !!!

Scented pic..


Facts :Although the human sense of smell is feeble compared to that of many animals, it is still very acute. We can recognise thousands of different smells, and we are able to detect odours even in infinitesimal quantities.

well.. my smell sensitivity is quite high.. n.guess wat ?! saya masih terbau-bau kelas tadika saya !!

semua gambar2 dibawah mempunyai bau tersendiri pada hidung saya.. haha.. :)
i really can differentiate them..n describe wat does the smell tell my brain nerves..


bau anak anjing jiran saya : bau kasih sayang, manja..full of attention..



Tabung Limau : Bukan bau LIMAU ! Tapi saya dapat bau ofis saya masa tahun 1994.



This card i made by myself : Spjg tempoh siapkan kad ni, saya hanya terbau KOPI !



Mir Amanda Syarmiel : Bau amanda beri saya satu tenaga kasih sayang yang tak bersempadan.!! Tak boleh tidur bila terkenangkan bau amanda ni...rindu yg sgt kuat.. :)



Effy & Eni minum fresh orange : The smell of friendship


Ok. dats all for now..

Thursday, April 2, 2009

jom datang ofis saya..

Program Periksaan Salur Darah Percuma

TARIKH : 4 APRIL 2009 ( Sabtu )

MASA : 2.00pm - 5.00pm

TEL : 03-40244859 /03-40219590


MICROCIRCULATION TEST

Ujian ini akan menunjukkan keadaan kapilari ( salur darah paling halus ) dan peredaran darah dalam tubuh badan kita. Lihatkan bagaimana keadaan kapilari darah dan bagaimana derasnya peredaran darah anda.

Melalui ujian ini, anda dapat mengetahui tahap kesihatan berdasarkan kualiti salur darah yang mungkin menyebabkan penyakit berikut :

  1. Penyakit Jantung
  2. Stroke ( Angin Ahmar )
  3. Buah Pinggang
  4. Kencing Manis
  5. Darah Tinggi
  6. Masalah Wanita dan Lelaki

Ujian ini TIADA SUNTIKAN, TIADA JARUM dan merupakan TEKNOLOGI BARU !

Pencegahan awal adalah lebih baik dari mengubati penyakit.



CALL : 03-40219590 untuk kehadiran



Wednesday, April 1, 2009

dia dia dan dia

dia harap..dia1 akan segera balik pada dia.dia2 akan jumpa dia3 dan berhenti berkawan dgn dia1.dia sangat berharap..dia2 carilah dia3 cepat-cepat..atau dia harap ada dia4 muncul lebih bagus dari dia1.