Sunday, May 31, 2009

struggle to understand what life is all about..



Ya Qawi - kurniakan daku sedikit dari Kekuatan Mu

Tuesday, May 26, 2009

Uniten - 25 - 27 Mei 2009

saya berada di Uniten untuk promosi di Bangunan Pentadbiran Uniten.

ya razzaq...ya razzaq..ya razzaq...

Saturday, May 23, 2009

tukar lagi ?

sebenarnya.. tak sengaja tukar.
tiba-tiba tengok template lama dah jadi putih.
hilang mana ntah template katun kuning tu...

so.kene lah cari yang baru..

Friday, May 22, 2009

lulus interview -> kursus

ingat tak dulu saya ada cerita pasal saya gi interview Mara ? hahaha..
yang kelakar tu..

interview Mara

semalam saya dapat panggilan dari pihak Mara, menyatakan saya layak untuk mengikuti Kursus Pembangunan Usahawan Peruncitan.

Tempat : Seri Malaysia, Bagan Lalang
Tarikh : 1-9 Jun 2009.

OK. dulu, saya berhasrat utk extent spa.
tapi, memandangkan ni kursus pembangunan usahawan peruncitan, maka saya sudahpun siapkan kertas kerja lain kat kepala otak saya, supaya bersesuaian dengan kursus yg saya ikuti.

ye lah...cukup lah dah tersalah interview dulu. jgn salah masuk kursus plak. buat naya ja.

Perasaan saya ?
  • Terkejut : ingatkan tak dapat...mmg tak mengharap pun bila terkenangkan ntah ape2 saya jawab masa interview ari tu... hahaha
  • Excited : saya mmg teringin sangat nak belajar 'teknik jadi usahawan' yang betul. Selama ni cam main terjun-terjun je.
  • Risau : berjayakah saya menjadi peserta terbaik kat sana nanti ?
  • Rindu : Boring tak duk bertapa kat sana ? mesti rindu kat ofis & kerja2 yg biasa dibuat..
  • Tertanya-tanya : siapakah kawan saya di sana nanti?? aaah...inilah kali pertama saya terfikir begini. dulu masa sekolah & kursus2 sebelum ni, saya tak pernah risau pasal siapa akan menjadi kawan saya.
Apa pun, saya harap...saya tidak akan menghampakan diri saya untuk terus memantapkan diri. Tulah.. gatal sangat nak berniaga.! Kene lah keje keras.

Wish me luck!!

Thursday, May 21, 2009

Girls Day Out - Sunway Pyramid


Effy dan Amy
...jgn jeleeessss...sebenarnya ada banyak gambar lagi, tapi tak sampai hati nak dengar Amy meraung nangis sebab tak dapat join. hehehe..


ima & fara suke handbag oren ni..

jalan-jalan sambil ushar baju utk fara gi wedding..tapi, tak dapat hasil pun. haha..
asalnye dia nak beli dress. tiba-tiba dia jerit kat ima...' imaa !! farah dirasuk syaitoon.. '.
apsal ?
'farah beli syampu & serum olive oil...' sebelum tu..dia try serum tu..pastu asik cakap kat ima..' ima..lembut rambut farah lepas pakai ni.. best la..lembut rambut farah..' sambil suruh ima rasa..
hahaha.. pempuan !

eni kata ' aku dah gemuk ima..'
ima jegil biji mata kat dia.. ' ni ko kata gemuk ? aah la eni.. e ei. gemuknye koo..' hahaha..

diner @ kenny rodgers.
bayangkan farah menahan rasa tempting-nya dari melihat ima & eni makan ayam & macaroni cheese. haha.. last2.. dia makan(tergoda) jugak.. ( sikit.)
amy, amek la lemak kitorang sikit... hehehe..


apa hasilnya kitorang gi Sunway Pyramid ?
Farah : sandal baru.. ( tu yg dia tgh pakai tu..), terpaksa beli sebab kaki dah sakit sangat pakai kasut
Eni : dia keluar duit je kat ATM, tapi tak beli pape..tapi dah adore dgn satu kasut yg sangat cantik...pastu banyak baju yg cantik utk eni..tapi ima halang dia dari beli..sebab dia kata ada 2 helai baju baru dia tak pakai lagi.
Ima : beli magnifying glass -p.cik ali punyeeeer.. & novel Who's that girl ? by Alexandra Potter


ima, fara n eni menanam hasrat utk melawat amy kat Normah. adakah kehadiran kami akan dialu-alukan amy ? hehehe..
effy, duk bangalore dendiam ! jgn beli tiket balik mesia.

Tuesday, May 19, 2009

Ruang Kursus untuk disewa


Realelite World menyediakan ruang seminar untuk disewa. Antara kemudahan yang disediakan, kerusi & meja kursus, aircond, whiteboard, dan keselesaan ruang.Kapasiti : 20-25 orang. Sesiapa yang berminat untuk menyewa ruang kursus, boleh hubungi kami.


Berikut ialah cas sewa / hari :

9 am – 5 pm

RM 180

1 pm – 6 pm

RM 90

7 pm – 11.30 pm

RM 90

Nota : Untuk hari Ahad, tambahan caj RM 50

Hubungi Seri untuk pertanyaan lanjut : 03-40244859

gambar Kenangan Nur Reiki Salam, Langkawi

untuk gambar tak seberapa Nur Reiki Salam, Langkawi,

sila klik di Journal Aura & Reiki

Sunday, May 17, 2009

jarang mentenet

jari ni macam tak berapa nak rajin utk menulis sejak akhir-akhir nih.
lagipun jarang pegang laptop/pc
so, mentenet pun sekadar check emel dan blog realelite.wordpress.com je.

banyak jugak yang berlaku kat keliling ni menarik perhatian.
cuma kurang masa nak menulis

tunggu lah.. satu masa nanti..hehe..

Thursday, May 14, 2009

Love Energy


Reiki
Nur Reiki Salam
Resq56
ResqHu
ResqME


all of them..
contain
Love Energy

Thursday, May 7, 2009

n.r.s on the top..


what cross in my mind ?


- a lot

- mood kat kepala : hanya nak fokus pada Nur Reiki Salam, Langkawi

- dan masih ada 1 tempat kosong utk diisi pada kad impian utk dibawa ke NRS.

- saya berharap, NRS tahun ini memberi keajaiban tersendiri utk saya.


p/s : oh, ima ! jgn lupe beli coklat hersheys. dan abg zubayri pesan beli kopok lekor ngan budu. alamak, kat langkawi ada ke benda alah tu? tak reti makcik.
.

Monday, May 4, 2009

saya dan tumbuhan

Alkisahnya, saya seorang yg agak buta tumbuhan. Makanya, sedikit gayat kalau tengok tumbuh2an yang pelik dari kaca mata saya.
CERITA 1 : Ipoh


"mak, ni pokok ape ?"
" buah tu ular suke makan "
-blurr -
"apa nama dia ?"
ntah la..mak tak ingat.

siapa boleh bgtau saya, apa nama pokok ni, dan ape kegunaan pokok ni duduk kat pagar rumah ?

CERITA 2 : Besaunyeeee

Mak dapat bendi ni dari Mak Teh ( Palong 14). Besar & pjgnyeeee.. selalu tengok bendi kat KL ni kecik2 je...
Pastu tengok cili pulak. ish ish..ni baka apa nih ?
ukur ngan pen, kalah pen tu.. hehehe...

CERITA 3 : Buat benih

' bendi ni boleh buat benih '
saya blurr lagi.. ( smbil bygkan benih bukan ke biji kecik2 ke ? )
'camana nak buat benih ? tanam ke bendi ni mak ?'
tiba2 mak jerit...
' oooii.. kau ni mmg betullah anak bandar. ko bygkan tanam bendi ni camana ?'
'hahaha..timah lupe lah..ingatkan bendi benih ni cucuk kat tanah, nanti die tumbuh lah.hahahhaa'
mmg memalukan.


CERITA 4 : Pucuk Pokok Kecur Pokok Cekur la , ima !

ni pokok kecur ( cekur )
masa saya tanam anak pokok ari tu, daunnya lebar2 dan segar2..
3 hari lepas tanam,mak cakap
' yeeaaay..pokok mak dah tumbuh..'
saya musykil. tadi saya tengok cam pokok tu dah nak mati.
' mak, timah tengok pokok tu cam nak mati je.. tengok daun die dah jarang2'
mak jerit lagi..
' ko ni tau tak tengok pokok tumbuh?'
Selamba saya jawab, TAK
' ni tengok ni, pucuk2 baru tumbuh...( sila tengok arrow di gambar ) daun yg lama, kering lah..'
pjg mulut saya muncung..'ooooooooooooooo'.
hahaa.
saya mmg naif.

saya takkan putus asa belajar bertani. ( eceh..poyo tul ayat aku )

Sunday, May 3, 2009

Family Day Shukur.org : 2 Mei 2009











upload gambar je.. malas nak tulis description..

Friday, May 1, 2009

Kat mana nak tengok aura ?



Salam,

Diluar sana masih ramai yang mencari-cari tempat yang menyediakan khidmat konsultasi aura. Kami di Innergy Quest Bio Concept Sdn Bhd ada jawapannya. Ini kerana salah satu perkhidmata kami adalah Konsultasi Aura. Kami telah menyediakan perkhidmatan ini selama lebih dari 7 tahun dan kami juga merupakan satu-satunya syarikat yang menawarkan Sesi Foto Aura.

Dalam sesi konsultasi yang berjalan selama 30 minit itu, seseorang dapat melihat

  • sama ada terdapat kebocoran pada dinding aura,
  • saiz aura,
  • tahap gelombang otak,
  • tahap kerehatan otot,
  • tahap kestabilan emosi dan banyak lagi.

Sesi 30 minit ini akan memberikan pengalaman yang baru kepada seseorang. Ini kerana dalam sesi 30 minit ini, seseorang itu mampu untuk mengenali dirinya dari satu sudut yang berlainan dari yang lain.. sudut Bio Energi Manusia.

Ayuh. Dapatkan foto aura anda sekarang !! Cuma RM 60.00.

Di….. InnerGy Quest Bio Concept Sdn Bhd.

No 24B, Jalan Tengku Ampuan Zabedah K 9/K, Seksyen 9 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

03-58804349



p/s : saya sangat-sangat-sangat- sangat suka ambil gambar aura...