Friday, October 30, 2009

iklan blog & etika

Ni nak lepas geram di BLOG ( adik beradik Lepas Geram di Era )..

Ok. camana nak mula ?. Iklankan blog sendiri di blog orang lain, memang menjadi kebiasaan blogger. Ye lah, nak cari pembaca, crowd, follower, naikkan bilangan pengunjung dan macam-macam. Bagus. Bukan semua orang rajin nak iklan blog. Saya ? saya tak suka iklan blog 'easy' saya ni.

Apa yang saya geram sangat ?

Oh, tersangatlah geram bila ada blogger yang agak kurang ajar ( maaf dgn bahasa saya ), dengan meletakkan blog bisnes mereka di blog bisnes kita. Bila kita tengok link mereka, mereka juga menjual produk yang sama dengan kita.

Apa masalah dorang ni??


Contohnya : Blog saya jual JusMate5, kemudian dia masuk blog saya dan meninggalkan pesan supaya masuk blog dia juga yang turut menjual JusMate5.

Pada saya, blogger2 begini tak ada ETIKA DALAM PERNIAGAAN !!! Tidak fahamkah mereka BLOG BISNES samalah fungsinya dengan KEDAI YANG MEMPUNYAI PEMILIK.

Dalam dunia realiti,misalnya.., kita tak boleh masuk 7 Eleven yang menjual Roti Gardenia berharga RM 3.30 dan kemudian bukak kaunter pulak kat dalam 7 Eleven tu menjual Roti Gardenia jugak berharga RM 3.00. Semata-mata, nak tumpang pelanggan tanpa mahu berusaha ditempat yang betul. SEMUA ORANG TAHU ITU TINDAKAN YANG SALAH. Pasti akan dihalau orang pekerja 7 Eleven tu kan ???

Tapi, peliknya.. blogger2 Malaysia ni tersangat bodoh,tak tahu adab dan tak ada etika. Tidak terfikirkan mereka, bahawa jika mereka meletakkan link dengan niat menumpang crowd orang, itu adalah satu tindakan yang SUNGGUH JIJIK & HINA ??

Terdapat beribu cara di internet utk mengiklan blog, kenapa mesti 'merompak' kedai (blog ) orang ??

Jika anda wahai pembaca pernah berbuat begitu sebelum ini, TOLONG HENTIKAN PERBUATAN BURUK ANDA ITU.


-Blogger yang sangat geram-

Tuesday, October 27, 2009

ANDA MESTI PERGI !!!

Saban hari kita berhadapan dengan pelbagai bentuk tekanan dalam melalui liku-liku kehidupan. Baik dari segi tekanan Kewangan, tekanan Perhubungan, tekanan Kesihatan mahupun tekanan dalam Pekerjaan. Tekanan atau Stres merupakan penyakit pada alaf ini. Tanpa disedari, Tekanan atau Stres ini akan menjadikan Minda dan Emosi terganggu secara berperingkat-peringkat. Jika dibiarkan berlarutan akan menyebabkan Sistem Kestabilan dan Kerehatan tubuh juga akan mula terganggu, seterusnya akan menyebabkan Sistem Pertahanan Tubuh menjadi lemah. Perlahan-lahan keadaan ini mencipta ruang untuk membentuk penyakit fizikal.

Fikiran berserabut dan emosi bercelaru dapat dilihat dari raut wajah serta bahasa tubuh seseorang. Sifat mudah marah, kemurungan, kurang keyakinan diri, hilang fokus serta cepat gelisah merupakan antara simptom GEJALA STRES. Jika dibiarkan berlarutan, simptom-simptom penyakit fizikal seperti gangguan tekanan darah, kurang atau lebih selera makan, sakit kepala, lesu dan sebagainya akan mula berlaku. Semua ini adalah kerana terganggunya sistem ritma sirkadian tubuh akibat GELOMBANG TENAGA STRES yang berlebihan.

“WORKSHOP BEBAS STRES” - Yuran Penyertaan RM50.00 sahaja.
Tempat adalah TERHAD.
Disampaikan secara Eksklusif & Interpersonal oleh : Dr. Mir Hazil Azran Ramli

Tarikh : 15 November 2009 (10.00pg-12.00tghari)
Tempat : IQBC Training Center, Shah Alam

Hubungi, Innergy Quest Bio Concept Sdn Bhd di talian :
03-5880 4349, 017-333 2349 atau 017-300 2349.

Monday, October 26, 2009

Pedicure

Kali pertama saya buat pedicure ialah pada Raya 2008. Lepas beraya rumah kawan, Farah Adila ( kawan baik saya masa sek ren ) ajak cuci kuku. Dia nak buat manicure sebab dia nak bertunang. So, nak sarung cincin, tangan mesti mau lembut & kuku mesti mau cantik maa...

Saya tak pernah terfikir pun macam tu. Maka, dia membuka mata saya untuk buat satu aktiviti menghabiskan duit. haha. Masa tu, saya pakai inai di tangan, jadi saya buat lah pedicure.. Ada lah beberapa pakej yg disediakan. Saya pilih spa pedicure. Ntah ape2..saya tadah je lah kaki kat amoi tu.. :)

Selapas 1 jam, kaki saya terasa sangat bersih & lembut. ececeh.. time tu baru rasa cam kaki baby. hahaha..

Caj pedicure boleh tahan lah jugak. Minimun RM 43 up to RM 120. Utk kaki je tu !!! Kalau Facial dari 35 - RM 150. Urut Badan RM 60-RM120. Wah-wah.. utk badan je berapa banyak duit mau perabis ma??

Nails Spa kepunyaan Melayu di shopping complex ?? saya tak pernah jumpa. semua pun Cina punya. Hai... bila lah saya nak ada sebuah kan ?? hehe.. instead of saya perabis duit kat sana, lebih baik saya suruh orang perabis duit kat nails spa saya. ( berangan lagi cik timah ?? )

Eh, kenapa saya cerita pasal ni tetibe eh? Suka hati laa.. :)

Bukan.. saya baru lepas buat pedicure semalam. So, saja nak suka-suka je.. Anda pernah cuba ?? Cubalah sekali !! Memang best dan puas hati.

Kaki macam baby.. aiyoyo..Kuku berkilat cantik. ( boleh tengok jerawat kat kuku wooo.. )


Thursday, October 22, 2009

jadi rajin macam semut.. :)

Sunday, October 11, 2009

Gelagat Lif

best naik lif pagi2..kat umah / kat mana2 pejabat.. kalau time pagi mesti best. sebab lif tu bau perfume. bau orang pas mandi. hahah..

kat kondo , waktu 6.30pagi -9.30pagi : waktu lif tersenyum riang..sebab semua yg naik pakai baju kemas, tak bekedut, hati tenang& aman( ye ke), fresh, bau sabun, bau perfume..

kul 10-11.30pg : waktu lif paling tension. sebab cleaner tu turun naik bawak sampah.kalau pegi keje time ni mmg sakit. sebab 1 lif je available. 1 lagi jadi lif sampah. adeeeehh...

petang - malam : aku tak sure bau lif camne. tapi lif dah macam tak semangat je..

12.00mlm ke atas : lif kembali segar. kenapa ? pondan2 keluar mencari mangsa. lif terbeliak biji mata. sebab si pengguna lif sexy mexy, bau menyengat idung wanginye. perrggh...

hehhe
sekian
merapu menghilangkan bosan
( MMB )

PINTU RINDU

Wednesday, October 7, 2009

bila semuanya termakbul...

arwah atuk cakap, " kalau semua benda yang kita rancang, apa yg kita nak semuanye dapat, mesti ada benda akan hilang ".

betul.

betul lah.

beberapa bulan kebelakangan ni, banyak benda yang saya nak dapat. apa jua yang dirancang, berjalan lancar. mungkin berkat doa dari nenek yg tak putus-putus mendoakan anak & cucunya. rezeki melimpah ruah. subhanallah.

tapi hati-hati lah.
bila semuanya termakbul, tentu ada ujiannya nanti.

tiba-tiba nenek yg saya jaga, saya gurau, saya reiki hari-hari.. hilang dari pandangan mata. nenek meninggal.

pasti ada yg hilang, kata arwah atuk.

subhanallah...
beringatlah selalu. jgn terlalu suka dengan apa yg diimpikan tercapai. supaya jangan riak. jgn takbur.

Sunday, October 4, 2009

Friday, October 2, 2009

Travelog Raya 2009 (2)

Kelantan

24-09-09 : Selesai Makan Nasi Beriyani, bertolak ke Kelantan. Sempat jumpa Pn Norzi atas urusan bisnes kat tepi highway. Haha. Kami beraya kat lebuhraya dan sempat bagi duit raya pada anak2 pn norzi. :D Perjalanan ke Kelantan sungguh penat. Aku drive sampai area Lenggong je. Baru lah tau Lenggong tu kat mana...

Duk kat belakang kereta, macam nak putus leher, jalan bengkang bengkok, banyak kereta.. aduuuh.. 6 jam dalam kereta tak leh baca buku rasa sungguh buang masa ( sebab waktu malam ).

Pukul 12 malam baru sampai. Aku tidur di rumah penginapan berdekatan dengan rumah Busu ( Labok ). Badan rasa remuk dan rasa nak putus urat-urat sebab terlalu letih. Tapi tak sabar-sabar nak bangun pagi tengok kebun tembikai & timun dengan busu.


25-09-09 : Sarapan di rumah busu, ber'kuntau' dengan sepupu-sepupu yang sangat ramai...lepas tu ke Pasir Mas utk tengok kebun tembikai. Tanaman dah nak habis 'musim', maka tak berapa cantik lah tembikainye. Apa pun, makan buah tembikai manis, baru petik kat tepi kebun bawah panas terik memang best dan sangat berbeza dari makan kat rumah. Percayalah !!
Balik dari kebun tembikai, balik Labok semula untuk tengok timun-timun.

Tiba masa makan tengahari. Gearbox masak asam. Lepas makan terus tumbang & rasa nak mengamuk sebab terlalu kenyang. hahahaha...

Malam ke Pasir Mas untuk beraya rumah pakcik. Makan lagi ! Aduuh.. mmg nak meletup perut. Penderaan kepada diri sendiri betul. Aiyoyo !

Selesai beraya, terus bertolak ke Kota Bharu. Walaupun tiba di sana dah lewat malam, tapi hati ni tetap geerrraaam nak shopping. Sempat sambar 2 helai tudung sebelum masuk hotel.


26-09-09 : Rancangan ke Hadyai terpaksa dibatalkan, sebab hati yg melonjak2 ni dah ditakutkan dengan pelbagai cerita betapa tak selamatnya keadaan di sana. :( Maka, bukak je Pasar Siti Khadijah pagi-pagi tu, aku dah keluar mulakan misi shopping. ( Mission Possible )

Beli tudung berpuluh helai, macam nak meniaga. Sebenarnya pakai sendiri. Beli beras macam anak 10. Beli keropok macam nak jual kat CM. Hentam saja laaa... Nak ke hotel tak larat nak 'kendong' barang. Aku naik beca ke hotel. Hehehe...

Tengahari check out hotel, terus ke Labok, dan makan tengahari kat sana. Sempat merayau -rayau dengan adik sepupu, jumpa tempat 'dejavu', dan enjoy dengan jalan Machang-Tanah Merah.



Semua misi dah sempurna. Marilah pulang ke Kuala Lumpur. Selesai dah cuti Raya yang sungguh unik tahun ni... dah release tension kerja bagai nak rak 5 bulan lepas, dan dah naik tension balik sebab sepanjang cuti customer asyik call bila nak bukak kedai, nak beli barang dan macam2 lagi.. haha..

Alhamdulillah, atas kesempatan yang Allah beri utk aku nikmati semua ni.

Mari kita kerja keras lagi..
supaya boleh cuti lagi...


"next station....??"
( tunggu !! )