Thursday, November 26, 2009

Selamat Hari Raya Haji 2009

Apalah erti raya haji tanpa lembu tertambat di pokok belakang rumah ( eh, aku ada pokok ke kat blakang kondo tingkat 12 tu ? )..
Apalah erti raya haji tanpa sibuk buat ketupat, lemang dan rendang ?
Apalah erti raya haji tanpa ada geng utk takbir raya ?

Oh oh..
Aku tahu erti HAJI sungguh besar, dan aku tidak pernah lupa sejarah dan kebesarannya.
Cuma bezanya, terasa sedikit sepi setiap kali Raya Haji. Ia tidak harus begini. Mungkin tahun depan, aku akan menyambutnya dengan lebih bermakna lagi.

Hari ini, aku menyambut AidilAdha dgn semangat dan erti hanya di dalam diri, tanpa menzahirkan ia dgn lebih terang.

Tuesday, November 24, 2009


Monday, November 23, 2009

To-Do List

Busu Jamal yang ajar saya buat to do list ketika saya berumur 12 tahun. Katanya kita mesti buat kerja mengikut prioriti. Untuk membandingkan prioriti, maka kerja yang hendak dibuat mestilah disenaraikan terlebih dahulu.

Sejak dari itu, saya selalu membuat to-do list untuk memastikan kerja saya siap, lebih-lebih kerja sekolah. Sungguh mudah dan tersusun. Bila hujung minggu saya akan menulis to-do list kerja rumah pula, seperti basuh toilet, kemas buku, vakum rumah dll.

Pada pendapat saya, buat satu to-do list memudahkan saya untuk menyiapkan kerja pada masanya. Saya pula jenis pelupa, jadi saya selalu recheck list bila rasa dah goyang kaki. :) kemudian, terpulanglah nak buat ke tak ? hahaha..


PakUsu Ishak mengajar saya untuk sentiasa bawa note book kecil dalam poket walau pergi kemana juga. Katanya, itu tips Dr Mahathir.. :) Jadi, saya sering menulis to-do list, idea, melukis dan macam2 lagi di dalam note book tersebut. Saya jarang sekali membuang note book sekiranya sudah habis dipakai. Saya juga menulis tarikh saya membeli note book, dan setiap catatan akan saya coretkan tarikh.

Dengan itu, apabila saya ada kelapangan, saya sering membelek-belek note book lama yang bertahun-tahun berlalu. Dari situ, saya dapat lihat perubahan yang berlaku dalam hidup saya. To do list 3 tahun lepas pastinya tidak sama dengan to do list hari ini. :) Well..people evolved :)
Idea yang terhasil bertahun dulu, barangkali sudah terlupa..bila check semula, baru teringat dan ketika itu jika sudah cukup ilmu & pengalaman, bolehlah dilaksanakan.

Saya bersyukur dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan ilmu. Dari kecil hingga hari ini, saya mesti bawa pen & buku ke mana-mana. Kita tidak tahu, ilmu@idea yang 'aneh' akan hadir waktu bila,kan?

Saturday, November 21, 2009

Password


1 benda yg paling ketara :
- makin meningkat umur, makin banyak password yang perlu diingat.


Sek ren : tak ada password (PW) yg perlu diingat. kalau ada rahsia, cuma disimpan dalam diari yg ada mangga. kalau mangga hilang...haha..padan muka.

Sek men : PW emel sahaja. diary ? dah malas nak tulis.


Kolej :
password emels. bezanya, makin banyak emel yg dibuka. maka makin banyak PW berbeza. Dan, PW & usename utk forum di internet.

Kerja : Emel makin banyak dibuka. PW macam2.. ada emel sama PW senang lah. tapi kdg2 gatal tukar PW. Tambah lagi yg baru.. PW& Username Bank. Sekarang semua pun online... kene ingat tu !! Tambah lagi .. PW utk Blog. waaah..( saya yakin, anda pasti punya banyak lagi senarai PW yg perlu diingat )

Sejak zaman makin berIT & bercanggih-canggihan ni.. makin bertambah lah perkataan & nombor yang dikategorikan sbg 'WAJIB INGAT'.

hehehe..

Thursday, November 12, 2009

Demam lagi..

Tahun 2009 ni rasanya tahun paling kerap demam.. dulu, setiap tahun cuma demam awal tahun dan hujung tahun je.

Padahal, saya bukan main panas, tak juga main hujan.. rasanya tak stress juga. tapi asik demam je.

Tak apa lah..kata bapa saudara " demam tu penghapus dosa kecil ".. hehe.. mudah2an..